SHAH ALAM – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa MCA dan DAP mempunyai “agenda besar” di sebalik pendirian kedua-dua parti itu dalam soal hukum hudud.
Secara tidak langsung kata beliau, ia mampu menarik sokongan masyarakat Cina kepada MCA dan DAP disebabkan pandangan dan kritikan yang dilontarkan pimpinan mereka selari dengan kehendak, kemahuan dan tuntutan masyarakat berketurunan Cina.
Hasan melahirkan pandangan ini ketika banyak pihak mempersoalkan Soi Lek dan juga Umno berhubung kenyataan Presiden MCA itu.“Hati kecil saya terus membisikkan bahawa terdapat semacam wujudnya persefahaman di antara MCA dan DAP khususnya untuk menghadapi PRU ke-13.
Hasan selepas dipecat oleh Pas awal Januari lalu menubuhkan pertubuhan yang diberi nama Jati.Sambil menyifatkan inti “agenda besar” DAP itu bukan satu rahsia lagi, jelas Hasan, tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menetang pelaksanaan Islam dan hudud di Malaysia baru-baru ini mencerminkan dua parti yang punyai fahaman dan aliran politik yang berbeza secara luaran hanya sekadar “pementasan lakonan politik” semata-mata.
"Dalam episod terbaru ini, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek dengan secara tiba-tiba menjadi orang pertama yang menekan butang jentera menentang pelaksanaan Islam dan Hudud di negara ini.“Ia dilakukan bagi menentukan DAP menjadi wakil mutlak masyarakat Cina dalam memperjuangkan tuntutan-tuntutan yang sekian lama dibuat oleh masyarakat keturunan Cina,” katanya. ~sinar
addin77
Ulasan bangang katak seJATI...hihihihi
BalasPadam