KUALA LUMPUR 11 OKTOBER- Kerajaan BN hari ini menerima tamparan apabila lebih 1000 orang aktivis, guru, pelajar dan NGO berhimpun di Parlimen untuk menyerahkan memorandum bantahan berhubung pengabaian peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat dalam Belanjawan 2013.
Sambil memegang sepanduk, kain rentang dan poster menuntut kerajaan memberi perhatian terhadap Sekolah Agama Rakyat, memorandum tersebut menuntut agar kerajaan persekutuan memberi peruntukan sewajarnya bagi pembangunan dan pengurusan untuk semua kategori sekolah agama.
Menurut jurucakap perhimpunan tersebut Zainal Abidin Kidam, sekitar 800,000 penuntut Sekolah Agama Rakyat seluruh negara masih belajar dengan fasiliti di bawah paras sederhana.
“Tuntutan ini juga dibuat agar kerajaan menambah geran bantuan per kapita yang sedia ada, bantuan modal, buku teks, bantuan guru akademik dan bantuan-bantuan lain bagi melicinkan pentadbiran SAR.” ujarnya
Turut bersama himpunan tersebut ialah barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Abdul Rani Osman dan Ronnie Liu, Pengerusi Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik), Normala Sudirman, Pengerusi Majlis Pemuafakatan Pendidikan Islam Selangor (Mappis), Dr. Zainal Abidin Kidam dan beberapa wakil NGO lain.
Di Selangor, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat memperuntukan RM6 juta untuk Sekolah Agama Rakyat. Manakala Kerajaan Pulau Pinang telah memperuntukan untuk keperluan dan pentadbiran agama Islam termasuk disekolah-sekolah Maahad Tahfiz dan guru KAFA telah meningkat dari RM12.5 juta pada tahun 2008 kepada RM64 juta pada tahun 2011.-roketkini.com
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Penawar Kanser Dan Pelbagai Penyakit Kronik.. Ia BUKAN UBAT, Tetapi Semulajadi & Terbaik Untuk Semua
infonya sangat bermanfaat sekali
BalasPadamjangan lupa mampir balik ya
BalasPadamsemoga sukses selalu
BalasPadammakasih infonya
BalasPadam