Selasa, Oktober 02, 2012

PADAH PONTENG SEKOLAH, PELAJAR TERCUCUK PAGAR BESI



CHINA - Pelajar sekolah ini akan berfikir dua kali apabila dia berfikir hendak ponteng dari sekolah lagi selepas mengalami kejadian yang dia tidak akan boleh lupakan seumur hidupnya.

Remaja berusia 16 tahun yang cuba untuk keluar dari sekolah untuk ponteng ini akhirnya mengalami kemalangan apabila tergelincir semasa memanjat pagar.

Selepas jeritannya didengari oleh rakan-rakan sekelasnya, pihak sekolah telah menghubungi anggota bomba untuk melepaskannya dengan memotong jeriji pagar yang mencucuk bahagian bahunya sebelum dibawa ke hospital.

Doktor mengambil masa sejam untuk mengeluarkan batang besi pagar ini dari tangannya dalam operasi pembedahan yang rumit.

Bercakap kepada pemberita selepas peristiwa itu, remaja yang berasal dari China ini memberitahu bahawa tapak tangannya yang berpeluh kerana takut ditangkap guru kerana ponteng dari kelas menyebabkan pegangannya pada besi pagar menjadi licin lalu tergelincir. - AGENSI



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...