Jumaat, November 30, 2012

PEMIMPIN ULUL AMRI DAN ULUL K-POP




'Ulul amri kita adalah pemimpin BN, PM'


Seorang perwakilan di Perhimpunan Agung Umno ke-66 hari ini menyifatkan perdana menteri dan parti BN sebagai golongan ulul amri yang patut ditaati anggota parti.

Dalam ucapannya, wakil Jelebu Datuk Jalaluddin Alias berkata orang Islam yang sempurna iman mereka perlu taat kepada ulul amri (pemerintah) selain daripada beriman kepada Allah dan rasul.
Oleh yang demikian, golongan Muslim wajib taat kepada kepimpinan perdana menteri dan kerajaan BN yang merupakan pemerintah pada masa kini, katanya.

Beliau berkata demikian berdasarkan tafsirannya ke atas sepotong ayat dalam surah An-Nisa berhubung isu ketaatan kepada pemimpin.

"Siapa ulul amri kita? Ulul amri sekarang adalah kerajaan yang berkuasa.

"Ulul amri kita sekarang adalah BN dan perdana menteri kita," kata Jalaluddin.

Beliau mengulas ucapan Najib semalam yang menyentuh isu disiplin berjamaah dan mentaati kepimpinan parti, dengan memetik surah sama.

Najib dalam ucapannya semalam membangkitkan perkara itu bagi menggesa anggota parti supaya menggunakan saluran parti bagi menyampaikan pendapat.
Najib juga berkata, anggota parti perlu menerima dengan hati terbuka keputusan muktamad yang dibuat pemimpin parti.

Isu berkenaan turut diulas seorang wakil Puteri Umno yang menggesa ahli Umno mengelak daripada berbalah sesama sendiri di media alternatif.

Wakil Puteri Umno Padang Besar, Asmaiza Ahmad berkata perbezaan pendapat itu perlu ditangani secara bijaksana dan diselesaikan secara berkesan.

"Perbezaan pendapat lumrah manusia, sedangkan lidah lagi tergigit. Yang penting elakkan perbalahan melalui media alternatif.

"Jangan gunakan media alternatif untuk selesaikan masalah," katanya yang membahaskan ucapan dasar presiden Umno.

Pasca-Mac 2008, BN giat membangunkan laman web dan bergiat di media sosial termasuk Umno yang menubuhkan Unit Media Baru bagi menghadapi pengaruh Pakatan Rakyat di media siber.

MK



1 ulasan:

  1. Tanpa Nama4/12/12 9:21 PG

    Bila bab bodek, jumpa pulak ayat2 Al-Quran.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...