Van Skuad Sayang UMNO Pahang Ini Hampir Membunuh
2 Disember 2012 lalu, saya ke Jengka , Pahang, melalui Lebuhraya Pantai Timur, LPT -laluan ini adalah lebuhraya 2 lorong dan perjalanan memang selesa.
Ketika memandu di laluan kiri, dengan kelajuan kira-kira 90 km/jam, saya dikejutkan dengan kehadiran sebuah van Skuad Sayang UMNO yang tiba-tiba menghimpit dari kanan ,kenderaan saya pandu.
Saya sangat-sangat terkejut kerana hanya beberapa sentimeter sahaja lagi van dipandu sangat laju ini hampir merempuh sisi kanan kenderaan saya menyebabkan saya terpaksa mengelak ke laluan kecemasan dan hampir terbabas.
Saya sempat membunyikan hon panjang sebagai tanda amaran.
Van ini dipercayai cuba memotong kenderaan saya pandu ketika di masa sama sebuah kenderaan lain sedang dipandu laju di laluan kanan dan mungkin pemandunya panik dengan situasi itu.
Setelah mengambil nafas lega, saya memotong van ini dan pemandunya ialah seorang wanita dan di dalamnya juga ada beberapa wanita lain dan bahagian belakang penuh dengan pelbagai barangan.
Mereka dipercayai dalam perjalanan pulang setelah menghadiri persidangan Agung UMNO di PWTC.
Van tertulis UMNO Pahang ini kemudian dilihat memasuki susur ke Temerloh.
Siapa saya? sila lihat di ( SINI )
darisungaiderhaka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...