Menyediakan bekalan untuk mati, jauh lebih penting dari menyediakan bekalan untuk hari tua.
Ini adalah kerana; kita belum tentu sempat hidup hingga mencapai umur tua, tetapi kita tentunya akan mati bila sahaja tiba masanya atau ajalnya.
Sedarilah bahawa lebih ramai yang mati ketika umur muda berbanding mereka yang mati setelah mencapai umur tua.
Jika kita lihat di sekeliling kita, kita akan dapati bahawa tidak ramai yang berumur tua.
Kenapa? Kerana ramai yang mati ketika usia muda. Sebaliknya, ramai yang tidak sempat hidup sehingga umur menjadi tua.
Ini adalah fakta. Menurut Berita Minggu 13 Mac, 2011, di Malaysia, jumlah mereka yang berumur tua (berusia 60 tahun, pada tahun 2011) hanya 7.3 peratus sahaja berbanding jumlah sebenar penduduk di Negara ini. Walaupun peratusannya dijangka akan bertambah kepada 9.5 peratus pada tahun 2020, tetapi ternyata jumlah mereka yang tua masih lebih kecil berbanding mereka yang masih di dalam usia muda.
Oleh itu, berusaha lebihlah untuk menyediakan bekalan hari mati berbanding bekalan untuk hari tua, kerana kita pasti akan mati tetapi kita belum tentu sempat jadi tua…
ustazsham
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...