Khamis, Disember 20, 2012
Serangan biadab: Rais Yatim wajar pohon maaf
KUALA LUMPUR: Serangan dangkal dan biadab Zainudin Maidin ke atas mantan Presiden Indonesia, BJ Habibie kini merebak kepada Almarhum Gus Dur dan Amien Rais pula.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ternyata Zainudin mewakili sosok pimpinan Umno yang angkuh dan anti-demokrasi.
Justeru, ujarnya Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim sewajarnya tidak berdolak-dalih dan memberi alasan lagi memandangkan perancangan biadab menghina tokoh pimpinan Indonesia ini disiarkan di dalam Utusan Malaysia, sebuah media yang diketahui dimiliki oleh Umno.
“Justeru, apakah tidak wajar untuk pimpinan Umno mendesak Zainudin dan Utusan Malaysia supaya memohon maaf secara terbuka?
“Saya percaya dan yakin bahawa kebiadaban sebegini tidak sekali-kali mewakili sentimen rakyat malah dibantah keras oleh majoriti rakyat Malaysia yang amat menghormati tokoh-tokoh Indonesia tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan.
HD
Berani ke mntri penerangan mohon maaf pd Indonesia..takut nti dibgkitkn kes lain plk..dhlh ada kes besar tu..klo blh bt bguslh..jalinkn hubngan dua hala..kte satu rumpum..
BalasPadam