Rakyat Malaysia wajib ubah kerajaan di dalam PRU akan datang. BN sudah tidak mampu untuk mengurus negara dan rakyat. Terbaru Hampir RM200 bilion wang kotor mengalir keluar dari Malaysia pada tahun 2010 - meletakkan negara ini di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China. Perkara ini dilaporkan oleh Badan pemantau - Global Finandial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington. Mungkin pemimpin BN akan kata ini adalah agenda Yahudi hendak memburukkan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Satu ketika dahulu rekod Altantuya yang masuk ke negara ini hilang daripada Imigresen. Sampai sekarang rakyat tertunggu mengenai wang RM40 juta yang melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan ahli perniagaan balak Sabah Michael Chia.
Negara pernah kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Jikalau enjin yang besar pun boleh hilang apalah sangat wang yang boleh dilipat tidak boleh hilang.
Masalah rasuah tidak ditanggani dengan serius di bawah kepimpinan Najib. Sehingga beliau tidak bersedia untuk menyambut Hari Anti Rasuah Antarabangsa seperti yang ditentukan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak sembilan tahun lalu..
Hutang negara semakin meningkat, tahun 2004 hutang RM242 bilion kepada RM363 bilion pada tahun 2009 dan RM456 bilion pada 2011. Untuk 2012, telah diunjurkan bahawa hutang kerajaan akan mencecah RM502 bilion. Menunjukkan peningkatan ketara 107.4 peratus hutang sejak 8 tahun lalu.
Fenomena di atas jika rakyat tidak ubah negara akan parah. Telahan Datuk Seri Idris Jala yang mengatakan tahun 2019 bangkrap ada asasnya. Oleh itu rakyat wajib ubah demi kesejahteraan negara.
Idris Ahmad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...