Selasa, Januari 22, 2013

ASAN ALI DAH BOLEH STANDBY


Anwar pertimbang ambil tindakan ke atas Hasan Ali

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim pertimbang mengambil tindakan lanjut terhadap Presiden Jati, Datuk Dr Hassan Ali ekoran kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum PKR itu dalam Utusan Melayu.

“Kita akan fikir apa tindakan wajar perlu diambil terhadap Hassan Ali. Saya akan bincang dengan peguam,” kata Anwar ketika ditemui selepas penghakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

Beliau mengulas kemenangannya dalam kes saman fitnah terhadap Utusan Melayu dan Ketua Pengarang, Datuk Abdul Aziz Ishak pagi tadi.

“Alhamdulilah, saya bersyukur atas keputusan itu yang membuktikan ada fitnah jahat terus menerus oleh Utusan.

“Yang penting, keterangan terperinci oleh hakim yang mempertahankan kebebasan badan kehakiman. Dia (hakim) tahu kes ini melibatkan Umno. Dia juga tahu wakil Presiden Umno duduk dalam pengurusan Utusan,” jelas Anwar.

Anwar menyokong ketegasan Hakim Datuk VT Singham yang mempertahan kebebasan media tetapi perlu mengikut etika kewartawanan dan profesionalisme.

“Kebebasan media itu perlu tetapi bukan kebebasan menyebarkan fitnah. Dalam kes ini Utusan berulang kali dan paling tidak bertanggunjawab memfitnah saya kononnya saya menyokong homoseksualiti, mengikut pandangan Hassan Ali yang bertopengkan agama tapi bila ditanya tidak ada asas,” tegasnya.

“Sekali lagi saya bersyukur, berlaku satu lagi episod penegasan bahawa media Umno di bawah pengurusan Datuk Seri Najib Razak terus meningkat fitnah menjelang pilihan raya,” kata Anwar lagi.

Dalam laporan muka depan bertajuk “Tolak Anwar – Hasan” mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu membidas Anwar kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.

HD


3 ulasan:

  1. selepas menang dgr utusan..now nextt..hasan ali tgh get ready tu...tapi tv3 xkluar pn berita utusan kalah saman..hahaha... BANkami

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama23/1/13 8:47 PG

    Hasan Ali ada banyak hutang dengan orang hutang fitnah dengan DSAI & Azmin / Shamsidar, hutang cash kat kelantan, Sesiapa yang Hasan Ali ada hutang tuntut dan umum cepat..... SEBELUM duit dia habis bayar saman DSAI lepas tu Azmin / Shamsidar

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama23/1/13 9:06 PG

    Sebab pulut santan binasa,
    Kerana mulut Hasan binasa,
    Berkorban apa saja HARTA atau pun marwah,
    Itu kasih mesra seJATI akan punah......
    Kepentingan SENDIRI itu di ingini,
    fitnah, umpat dan keji biarlah sampai mati

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...