Rabu, Januari 09, 2013

Himpunan 12 Jan: ‘Game over’ untuk Umno BN


KUALA LUMPUR: Dengan ketibaan tahun baru 2013 maka kita telah memasuki fasa pecutan terakhir di dalam persiapan PRU13 untuk mempertahan dan meluaskan kemenangan khususnya bagi menawan Putrajaya.
Demikian kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan.
Fasa terakhir ini, katanya bermula dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 yang akan diadakan pada hari Sabtu, 12 Januari dari jam 2.00 hingga 5.00 petang di Stadium Merdeka.
Kenyataan penuh beliau sebagaimana di bawah.

Dengan ketibaan tahun baru 2013 maka kita telah memasuki fasa pecutan terakhir di dalam persiapan PRU13 untuk mempertahan dan meluaskan kemenangan khususnya bagi menawan Putrajaya.

Fasa terakhir ini bermula dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 yang akan diadakan pada hari Sabtu - 12 Januari 2013, dari jam 2.00 pm hingga 5.00 petang di Stadium Merdeka.

Dari soal Lynas, Felda, Royalti, Pengerang, tuntutan Bersih, pembelian kapalselam dan banyak lagi isu rasuah dan penyelewengan; himpunan gergasi ini akan menjadi tanda jelas penolakan rakyat terhadap kejelekan dan sikap semberono pemerintah Umno BN merompak hak Rakyat. Penolakan ini kita akan muktamadkan dalam PRU13 kelak.

Saya juga percaya terdapat usaha sistematik pemerintah dan media arus perdana dengan membangkitkan isu-isu lapuk seperti Amanat Haji Hadi yang telah berusia lebih 30 tahun bagi mengalih perhatian masyarakat dari acara terbesar dalam sejarah tanah air kita ini.

Memandangkan kerajaan takut untuk menjemput Tuan Guru Presiden untuk bermuzakarah secara live, kami berpandangan isu ini telah gagal dieksploitasi oleh Umno dan boleh diisytihar sebagai game over.

Saya ingin mengajak semua pihak untuk meninggalkan permainan media pemerintah, kembali fokus kepada PRU13 dan menggunakan semua ruang yang ada - facebook, twitter, emel, banner dan sebagainya untuk merancakkan hebahan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 ini lantas melipat-gandakan penyertaan.

Dewan Pemuda PAS Malaysia telah pun mengeluarkan arahan kepada seluruh saf pemuda untuk turun beramai-ramai menjayakan himpunan ini.

Kita menjangkakan sekurang-kurangnya 50,000 pemuda PAS untuk bersama-sama warga Malaysia yang lain membanjiri dataran Stadium Merdeka kelak.

Suara Sejuta Rakyat akan bergema merayakan perubahan, Insya Allah!

Sehingga setakat ini kami dimaklumkan rakyat Malaysia di London, Taiwan dan Sydney telah pun bersedia untuk mengadakan himpunan yang sama bagi meraikan himpunan rakyat di Kuala Lumpur ini.

Oleh itu, kita juga telah meminta pendokong PAS luar negara di lokasi-lokasi utama lain untuk mengadakan himpunan yang sama sebagai tanda sokongan.

Pada masa yang sama, DPPM telah pun menjemput wakil-wakil kepimpinan pemuda di dalam Pakatan Rakyat untuk mengadakan mesyuarat koordinasi.

Ianya bertujuan untuk memperhebat promosi dan menjayakan himpunan ini sebagai himpunan terbesar dan paling aman di dalam sejarah Malaysia.

Unit Amal Malaysia juga telah siap siaga untuk memainkan peranan penting mengawalselia perhimpunan itu kelak.

Pada masa yang sama, kita berharap pihak keselamatan khususnya PDRM dapat menghalang mana-mana anasir jahat yang cuba untuk membuat provokasi bagi mengganggu kesusilaan himpunan.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya golongan muda untuk turun beramai-ramai menjayakan himpunan ini.

Ayuh kita jadikan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 suatu pengalaman yang menakjubkan lalu mencatat lakaran penting dalam lipatan sejarah negara untuk menuntut perubahan.

Mari bersama kita mencorak masa depan yang lebih gemilang untuk Malaysia.


Dicatat Oleh jeebond

atsixty-zakriali

DATANG BERAMAI-RAMAI!!! HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SABTU 12.1.13 STADIUM MERDEKA KL 2:00PTG

2 ulasan:

  1. Tanpa Nama9/1/13 9:36 PTG

    game is not over yet.induviuals responsibility for the damage must be kill.

    BalasPadam
  2. Kera-kera Pakatan9/1/13 10:21 PTG

    Kahkahkah. Jom ke Perhimpunan kera!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...