Rabu, Januari 16, 2013

Megat Junid dikaitkan dalam dakwaan beri IC di Sabah


Bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin mendakwa beliau mula merekrut pengundi hantu selepas secara peribadi menerima arahan dari timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

Ketika memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah hari ini, Ramli mendakwa beliau telah diarahkan untuk mengeluarkan resit kad pengenalan (IC) kepada pendatang asing menggunakan butiran mereka yang sudahpun ada dalam daftar pemilih tetapi tidak pernah mengundi sebelumnya.

Beliau mendakwa menerima panggilan dua minggu sebelum pilihan raya negeri Sabah pada 1994 untuk menemui Megat Junid di sebuah hotel.

Beliau mendakwa telah diarahkan untuk membantu memastikan akan kemenangan kerajaan negeri yang disokong oleh kerajaan persekutuan.

Ramli mendakwa telah diarahkan untuk mengeluarkan resit JPN menggunakan nama dan nombor IC pengundi yang sudah ada dalam daftar pemilih dengan tujuan bagi memboleh mereka mengundi.

Resit JPN adalah slip kad pengenalan sementara yang dikeluarkan sebelum menerima kad pengenalan sebenarnya. Dokumen tersebut adalah memadai untuk mengundi, jelas beliau.

MK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...