Rabu, Januari 09, 2013

Patutlah HKR ditukar jadi Himpunan Shamsidar oleh pencacai UMNO.. terpengaruh dengan kenyataan dia ni rupanya..



Tertanya-tanya juga aku bila membaca apa yang disiarkan oleh Sinar Harian pada image di atas.. mengapa agaknya Muhyiddin meletakkan tarafnya sama dengan pencacai-pencacai UMNO sedangkan beliau seorang pemimpin UMNO.



Apa yang meletakkan Muhyiddin setaraf dengan pencacai-pencacai UMNO yang terkenal dengan kebodohan mereka ialah beliau telah menggunakan perkataan Himpunan Shamsidar bagi menggantikan Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ini.



Antara Blogger pencacai UMNO yang menggunakan perkataan tersebut ialah Blog yang print screennya di bawah ini, yang mempertikaikan artikel dari MiLo SuaM yang boleh di baca di ( SINI )
























Dan juga blog pencacai UMNO di bawah ini.. juga mempertikaikan MiLo SuaM.





Kenapa agaknya mereka menggantikan Himpunan Kebangkitan Rakyat dengan nama Himpunan Shamsidar sedangkan dalam lapan tuntutan Himpunan tersebut nama Shamsidar langsung tidak tersenarai.



Antara lapan tuntutan tersebut ialah..



1-Menuntut Pilihanraya adil dan bersih.

2-Bebaskan tahanan ISA

3-Martabatkan Bahasa Ibunda

4-Menuntut pendidikan percuma

5-Selamatkan Kampung Warisan dan tradisi

6-Selamatkan alam sekitar

7-Pulangkan royalti minyak

8-Selamatkan Felda





Jawatankuasanya pula dianggotai oleh wakil-wakil dari Pakatan Rakyat dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang akan bersama-sama menghimpunkan rakyat dari seluruh negara untuk membanjiri ibukota.



Rupa-rupanya  Himpunan Kebangkitan Rakyat dengan nama Himpunan Shamsidar berpunca dari dakwaan Nallakurapan ini..





Kononnya menurut Nallakurapan seperti yang disiarkan oleh Utusan diatas ialah  ‘Himpunan Shamsidar’ itu dijadual berlangsung beberapa hari sebelum perbicaraan kes saman fitnah mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan aktiviti biseksual bagi mengelirukan proses undang-undang yang berlangsung di mahkamah.



Ceh!! Statement sebegitu bodoh oleh si Nallakurapan itu pun boleh mempengaruhi pemikiran Pencacai-pencacai UMNO?



Apakah dengan mengadakan perhimpunan ini proses penghakiman yang berlangsung di Mahkamah akan terganggu atau menjadi keliru seperti apa yang didakwa si Nallakurapan itu?



Sedangkan ianya diadakan beberapa hari sebelum kes dibicarakan..



Jika benar ianya diadakan bagi menghalang isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali, Shamsidar Taharin dari menjadi saksi di mahkamah, Himpunan Kebangkitan Rakyat itu sewajarnya diadakan ketika hari perbicaraan..



Dan lokasi perhimpunan pula ialah di Mahkamah yang mana perbicaraan itu berlangsung bukannya di perkarangan Stadium Merdeka..



Hmmm... betullah kata Tun Mahathir.. hanya orang-orang bodoh kini bersama UMNO... termasuklah  Muhyiddin itu sendiri... kalau tak percaya Mahathir yang kata macam tu sila lihat di ( SINI )


darisungaiderhaka


DATANG BERAMAI-RAMAI!!! HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SABTU 12.1.13 STADIUM MERDEKA KL 2:00PTG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...