Kenyataan Umum
31 Januari 2013
Jemputan Taklimat Media: Khas pimpinan Persatuan Bekas Anggota Polis Malaysia dedah penyelewengan 'dipayungi' Menteri
Bermula 20 Disember 2011 apabila SAMM mengiringi Tn Hj Mohamad Sabu bertemu dengan sekumpulan pimpinan Persatuan Bekas Polis Malaysia berkenaan kebajikan mereka yang terabai. Namun peringkat itu penerimaan mereka terhadap Hj.Mohamad Sabu agak sedikit terganggu mungkin kerana terpengaruh dengan media isu 'Mat Indera - Komunis' lebih lagi rata-rata masih kuat pro Umno. Perkongsian maklumat amat terhad pada ketika itu.
Berikutan satu set dokumen yang diperolehi dalam peti surat rumah che'GuBard di N.Tebal berkaitan penyelewengan wang kebajikan bekas polis. Dokumen tersebut menyebut dengan jelas bagaimana setiap bantuan kebajikan Jabatan Perdana Menteri untuk bekas Polis terpaksa dibayar komisyen dan dalam dokumen yang membongkar kegiatan ini menyebut dengan jelas nama pimpinan tinggi Bn sebagai orang tengah. Maka 16 September 2012, SAMM telah tampil membuat laporan SPRM yang sehingga kini tiada khabar tindakan susulan. klik sini untuk membaca berkenaan laporan SPRM
Pada 11 Januari 2013, salah seorang pimpinan Persatuan Bekas Polis telah membuat kejutan apabila muncul di Pentas Rakyat, countdown #KL112 di Kg. Baru, K.Lumpur, namun dalam masa agak terhad 5minit maka tidak banyak pendedahan boleh dibuat.
Justeru, perkongsi maklumat bersama wakil tersebut menyedarkan Persatuan Bekas Polis ini sememangnya ada banyak isu dan masalah yang berpanjangan dan tidak selesai. Bukan itu sahaja malah dalam hieraki persatuan jelas menyebut peranan beberapa Menteri namun penyelewengan sememangnya terang - terang wujud dalam persatuan yang akhirnya secara tidak langsung kezaliman berlaku terhadap ratusan ribu bekas polis yang terabai.
Sehubungan dengan itu semua pihak media dijemput untuk satu sesi taklimat media ;
Tajuk : SAMM bersama pimpinan bekas Polis dedah penyelewengan 'dipayungi' Menteri
Tarikh : 4 Febuari 2013 (Isnin)
Masa : 10.45 pg - 11.45 pg
Tempat : Bilik Mesyuarat, Tingkat bawah, Dewan Perhimpunan Cina Selangor, KL
Taklimat media ini bertujuan untuk menerangkan masalah kemelut persatuan yang berpanjangan, korupsi yang berlaku dan peranan Menteri dalam perkara ini. Taklimat media ini akan disertai oleh pimpinan Persatuan Bekas Polis peringkat Kebangsaan dan Negeri.
Sekian
Norazizi Abd Aziz
Pengarah Seketeriat
Solidariti Anak Muda Malaysia
0123696474
TV LED pulak tawaran sempena PRU? Buka ini Kahkah kahkah
BalasPadam