Ahad, Mac 24, 2013
LAWAK AHAD: BARU ADA AKAI
Terdapat 3 orang pelanggan sedang makan di restoran sebuah hotel.Masing-masing dari negara yang berlainan iaitu, Amerika,Jepun dan Malaysia.Ketika mereka sedang makan,terdengar bunyi, ..bip,...bip,....bip... Si Amerika membuka tapak tangan kirinya dan membaca tulisan yang tertulis di tapak tangannya itu. Dua orang lagi di sebelahnya itu kelihatan terkebil-kebil kagum dengan tulisan yang muncul ditelapak tangan orang Amerika tersebut.
Lalu dengan bangganya orang Amerika itu berkata "Oh, telapak tangan saya telah ditanamkan chip, saya dapat menerima pesanan SMS tanpa menggunakan apa-apa alat,mesej SMS terus muncul di tapak tangan saya,..." ujar si Amerika ketika melihat kedua orang di sebelahnya seperti kebingungan.
Sesaat kemudian terdengar deringan telefon, si Jepun mengangkat tangan kanannya, ibu jarinya didekatkan ke telinga sedangkan jari kelingking ke bibirnya, "Oh maaf, saya jawab telefon dulu, tangan saya sudah berisi chip, saya dapat menerima panggilan dan bercakap melalui 2 jari saya tanpa menggunakan handphone" kata si Jepun itu.
Melihat semua itu, orang Malaysia mulai gugup.Dia mula berfikir,apa yang boleh dia tunjukkan untuk mengalahkan si Amerika dan si Jepun tersebut.
Selang beberapa ketika orang Malaysia ini meminta diri untuk ke tandas.Dia pun pergi ke tandas berhampiran.Selepas itu dia datang ke arah dua orang pelanggan dari Amerika dan Jepun tadi dengan sehelai tisu tandas terjuntai di belakang seluarnya.
Dengan kehairanan si Amerika dan Jepun tadi menunjuk ke arah tisu yang berjuntai di belakang seluarnya dan bertanya "Kertas apa itu tergantung di belakang seluar anda?"
"Oh takda apa-apa,biaqpila....saya baru terima Faks...." jawab orang Malaysia tersebut.
Kah! kah! kah!
Salam pak bakaq, saya lama dah ikut blog pak bakaq, dan saya selalu jumpa ayat pak bakaq yang berterima kasih pada tun atas pemecatan DSAI, saya agak kiranya ada usaha2 nak tukaq calon PM, pak bakaq lah dulu yg bersetuju.. saya terkejut bila pak bakaq cantas idea tu habis-habisan.... Musykil nih....
BalasPadamhttp://tunhisyamuddin.blogspot.com/

elok la tu bagi mau pakai akai sikit jangan duk gadai akai tu - afala ta' qilun
BalasPadamkah3.. cayalah.. memang best nak mampos org malaysia tu der.. kikiki
BalasPadamkah3.. cayalah.. memang best nak mampos org malaysia tu der.. kikiki
BalasPadamBalas http://tunhisyamuddin.blogspot.com/