Selasa, April 09, 2013

56 TAHUN BUAT MACAM HARTA MAK BAPAK DEPA

56 tahun UMNO menyeleweng harta kerajaan buat macam harta peribadi mak bapak mereka

by Kedahkini


Bila budaya korap sudah menebal mereka tidak tahu membezakan kerajaan dengan parti politik

Tiga kenderaan milik Jabatan Penerangan digunakan untuk membantu majlis perasmian pusat operasi pilihan raya BN semalam untuk kawasan parlimen Batu di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, usaha Malaysiakini untuk mendapatkan ulasan rasmi mengenai kemungkinan penyalahgunaan jentera kerajaan ditolak dengan keras oleh penganjur acara terbabit.
Kenderaan berkenaan melibatkan satu kenderaan SUV dengan pembesar suara di bumbung untuk menyiar ucapan semasa majlis tersebut. Dua kenderaan lain melibatkan satu lagi SUV dan satu van yang diparkir di lokasi berdekatan.


Setiausaha penerangan BN Batu Rodzi Tajudin mengarahkan Malaysiakini bercakap dengan seorang yang bernama Suhaimi Yahya untuk penjelasan, dan mendakwa lelaki tersebut merupakan penganjur acara tersebut.

Suhaimi sebelum itu dilihat berucap melalui sistem siaran dengan logo Jabatan Penerangan.

Malaysiakini: Saya nak tanya soalan. Pasal van itu.
Suhaimi: Kenapa?

Malaysiakini: Adakah ia merupakan satu salahguna...
Suhaimi: Bukan hari ini. (Tanya) lain kali, lain kali
.
Malaysiakini: Hari apa? Lain kali? Saya nak tulis pasal ni.
Suhaimi: Mana saya tahu? You ada mata, bacalah.

Malaysiakini: Mengapa van itu di sini?

Suhaimi kemudiannya berhenti berjalan, berpaling dan berkata: "Eh, saya tak lepuk (kamu) sudah baguslah."


Pada waktu itu juga, seorang lelaki yang tidak dikenali dengan memakai baju BN mendekati dan mengarahkan Malaysiakini meninggalkan kawasan itu dan menjerit: "Balik!" dan "Jangan buat kacau!".



Cuba Baca yang ini TRANSFORMASI YANG BETUL.....

SAYA akan berbangga sampai ke akhir hayat menjadi warga negeri Pulau Pinang kerana berpeluang untuk tinggal di saat dan ketikanya negeri ini ditadbir Pakatan Rakyat, dengan dipimpin oleh Lim Guan Eng. Ketua Menteri yang digilai ramai sampaikan hampir setiap hari Jumaat ada sahaja demonstrasi oleh orang ramai yang tak tentu arah melaung-laungkan nama Guan Eng.

Sampailah Lim Guan Eng memutuskan untuk memilih hari Jumaat, yang disebutnya sebagai ‘penghulu segala hari’ untuk membubarkan badan perundangan negeri Pulau Pinang yang telah ditadbirnya dengan begitu baik selama lima tahun yang lalu. Rata-rata orang ramai berkata, ‘Baguihnya Guan Eng.. dia pun tau kata Jumaat ni penghulu segala hari’.

Guan Eng memang suka hari Jumaat. Beliau amat sensitif dengan hari Jumaat dan keperluan umat Islam untuk solat Jumaat. Hatta kalau diadakan sidang media pada hari Jumaat, nescaya beliau akan berkata bahawa sidang media hari itu akan dibuat ringkas kerana, ‘sekejap lagi nak pergi sembahyang’.

Bertambah kagumnya saya dengan insan ini hari ini apabila beliau mengetuai kabinet EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengembalikan kenderaan rasmi Kerajaan Negeri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Untuk yang tidak tahu, Guan Eng menggunakan sebuah Mercedes tua sebagai kenderaan rasmi, dengan nombor plat ‘PG 1’. Menurut taukey kedai kenderaan terpakai, kereta tersebut nilainya sekarang lebih kurang RM10 ribu.

Barangsiapa yang tidak melihat integriti pemimpin ini, nescaya orang itu jelas merupakan seorang yang buta mata hatinya dan hanya melihat keturunan Ketua Menteri itu, yang pernah dipenjarakan hanya kerana membela anak Melayu yang dicabul pemimpin UMNO.

Kenderaan rasmi kerajaan negeri dipulangkan kerana katanya kenderaan rasmi tidak boleh digunakan untuk kegunaan peribadi atau untuk kegunaan kempen politik. Comel sekali saya lihat gambar mereka berhimpit seperti sardin dalam kereta yang lebih sempit sesudah kereta rasmi dipulangkan.

Ini mengingatkan saya kepada Khalifah Umar Al-Khattab yang mempunyai dua pelita di rumahnya. Ketika melakukan kerja-kerja rasmi, beliau akan menggunakan pelita hak kerajaan. Manakala ketika berbual dengan anaknya, beliau menggunakan pelita milik sendiri.

Janganlah pulak ada yang buat-budat bodoh. Saya tak kata Guan Eng itu macam Khalifah Umar. Sekadar menjadikan Khalifah Umar sebagai contoh buat teladan untuk seorang pemimpin Cina yang prihatin dengan keperluan rakyat. Tidakkah akan meroyan UMNO ketika melihat perilaku sebegini dicontohi pemimpin DAP?

Dalam pada itu, Barisan Nasional terus menerus menyalahguna harta kerajaan untuk kempen politik sendiri. Seperti mana yang dilaporkan Malaysiakini.






 wallybandits


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...