Selasa, April 23, 2013

BETOI KA ADA ANGGOTA POLIS MENGUNDI HARI NI?

Anggota Polis diarahkan mengundi hari ini..?

Kegilaan apakah ini meskipun difahamkan tarikh pengundian awal sepatutnya ialah pada 30 April 2013 (lima hari sebelum tarikh undi awam).

Berikut mesej yang dihantar oleh beliau:

Salam admin, minta jasa baik admin ambil berat apa yang saya ingin sampaikan ni.. Hari ni telah bermula undi pos bg anggota PDRM,di sini saya nak bagitau beberapa perkara

1) Undi pos sepatutnya bermula 3 hari awal dari undi awam tapi skrg ni baru berapa hari bulan?

2) Undi tnpa ada pemerhati dari spr,hnya kantung undi sahaja yang ada 

3) Kertas undi ada no siri

4) Sebelum pangkah undi, terdapat borang yang sudah tertera nama pengundi beserta no ic dan no siri yang sama dengan kertas undi 

5) Borang tersebut dimasukkan bersama kertas undi ke dalam sampul sebelum digam dan dimasukkan ke kantung undi 

6) Undi tak rahsia langsung, siap ada no siri, kawan-kawan ada kiri kanan, bersepah2 undi.. tiada tmpat khas utk mengundi!!

Harap admin dpt sebarkan n bangkitkn perkara ni,n dpt segera sampaikn ke pucuk pimpinan PR,mintak tolong sgt2.. 

Beliau turut mendedahkan bukti kertas undi...

Ayuh tumbangkan penipuan..-jaharUlasan GB

Jika ia benar-benar berlaku, Jawatankuasa Peguam Pakatanperlu heret SPR dan PDRM ke muka pengadilan.

Pilihanraya Umum ke 13 boleh diisytihar tidak sah oleh mahkamah dan seluruh keputusan terbatal.

Sementelah lagi pemohon boleh meminta SPR dikenakan tindakan dan pengerusi dan timbalannya boleh dihukum.

Pemohon juga boleh memohon mahkamah merombak keseluruhan organisasi SPR untuk perlantikan yang lebih adil dan telus. 

Sumber: greenboc

2 ulasan:

  1. Penipuan pertama SPR Pru-13? lihat sini

    BalasPadam
  2. Mohon mana2 wakil buat laporan polis dahulu sebelum ke pihak lain.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...