Rabu, April 24, 2013

Ada Lagi Pemimpin Tertinggi UMNO Akan Masuk PAS ?



Kuala Lumpur: Bekas pemimpin veteran Umno Datuk Tamrin Abdul Ghafar mendakwa ada lagi pemimpin tertinggi Umno yang akan mengikuti jejak langkah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menyertai PAS.

Tamrin berkata, individu itu merupakan seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno senior yang kecewa kerana tidak dicalonkan bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Dia tak gembira dengan keputusan itu dan ada kemungkinan besar dia akan masuk PAS dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Anak mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba itu berkata, hasrat pemimpin MT Umno dinyatakan semasa pertemuan singkat pada minggu lalu.

Katanya, pemimpin Umno itu turut mendakwa ramai rakan-rakannya yang tidak dinamakan bertanding atas tiket Umno sedang berbincang secara serius untuk memberi sokongan secara terang-terangan kepada calon Pakatan Rakyat.

Sementara itu, dalam kenyataan bersama Muhammad, Tamrin menyeru ahli Umno khasnya 61 pemimpin Umno yang dipecat kerana bertanding atas tiket Bebas memberikan undi kepada calon PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU13.

“Kami berdua dengan rendah diri dengan ini menyeru semua rakan-rakan yang masih berada dalam Umno untuk bersama-sama kami membuat perubahan.

“Kami yakin masa depan sudah tidak ada dalam Umno. Dengan corak dan pendekatan politik yang ada, Umno sudah tertinggal di arus perubahan negara dan dunia,” katanya.

Katanya semua calon Umno yang terpilih itu terdiri daripada mereka yang tidak layak, bermasalah dan mempunyai agenda kepentingan peribadi.

Disebabkan itu, Tamrin menjangkakan banyak kerusi Parlimen yang dimenangi BN sebelum ini akan kecundang ke tangan Pakatan Rakyat.

Beliau turut meramalkan tindakan BN yang memindahkan Datuk Mukhriz Mahathir daripada Parlimen Jerlun ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam sebenarnya ingin membunuh karier politik anak mantan Perdana Menteri itu.

“Sepatutnya kerusi yang selamat untuk Mukhriz adalah DUN Kuah di Langkawi kerana ada sentimen Mahathir yang telah membangunkan Langkawi.

“Kawasan Jitra (Kayu Hitam) itu kawasan kuat PAS. Dua PRU yang lalu PAS menang.

“Memang ada unsur cubaan nak pekena dia sebab ada kumpulan lain yang nak jadi Menteri Besar juga,” katanya. -FMT

idaman78

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...