Selasa, April 30, 2013

INI CADANG KE SOALAN?


DEY MACHA!!!
MAMAT NI TAK HABIH LAGI DOK BUAT KERJA BODEK
APA JADI DENGAN INTERNET PERCUMA SEJAM TU RAIS?
DAH SENYAP BILA HANG TAK DICALONKAN DALAM PRU 13
KAH! KAH! KAH!


Niat pembangkang ambil alih pentadbiran negara tidak munasabah


JELEBU - Niat pembangkang untuk mengambil alih pentadbiran negara ialah sesuatu yang tidak munasabah atau masuk akal, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya ini kerana pembangkang menghadapi beberapa masalah dalaman yang dilihat boleh menggagalkan mereka untuk mencapai apa yang diharapkan selepas pilihan raya umum 5 Mei ini.

"Pertama, mereka berbalah antara satu dengan lain, kedua mereka tidak mengetahui atau menyebut lagi apa yang mereka manifestokan dan ketiga mereka masing-masing cuba menunjukkan sifat 'hero' atau kegagahan dan tidak menonjolkan kesepakatan.

"Jadi, berasas kepada permerhatian ini, saya tidak yakin langsung bahawa sama ada PKR atau Pas mahu pun DAP akan dapat memerintah Negeri Sembilan atau kerajaan persekutuan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Rais yang diiringi isterinya Datin Seri Masnah Rais ditemui dalam siri kempen calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Lui, Mohd Razi Mohd Ali di Bilik Ggerakan Dun Sungai Lui, Air Hitam, dekat sini.

Katanya justeru rakyat diingatkan untuk tidak menggadai masa depan dengan membuat perhitungan mengikut nafsu politik semata-mata dan memilih pembangkang pada PRU13 ini.

Rais yang merupakan penyandang kerusi parlimen Jelebu dan tidak bertanding pada PRU13 ini berkata kemampuan pembangkang yang kabur selain perancangan mereka yang 'kusut' tidak mampu menandingi apa yang dilaksanakan kerajaan.

"Dalam keadaan sedemikian apa yang telah kita peroleh dalam BN, dirasai oleh rakyat dan kita akan tunjukkan bahawa bukti janji ditepati ini akan menjadi realiti terus menerus," katanya.

Mengulas dakwaan bahawa pembangkang mendapat sokongan dari pihak luar bagi menghadapi PRU ini, Rais berkata jika dakwaan itu benar, ia menunjukkan pembangkang di negara ini amat lemah dan tidak mampu 'berdiri di atas kaki sendiri'.

Dalam hal ini Rais menuntut rakyat agar berfikir secara rasional tentang kesan dan akibat terhadap negara ini jika pembangkang yang disokong pihak luar mengambil alih pentadbiran negara. - Bernama

SH


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

3 ulasan:

  1. Bodoh pak rais ni kami rakyat msia dah muak dgn bn kami inginkan perubahan...hidup PR.

    BalasPadam
  2. Bodo org tua ni ckp mcm rakyat ni xdok otak mate telinga. Nyayok doh natang ni kecek. Kate lh gajoh rima anjing polong apr skalipun kami tetap majukan PR Perubaham Rakyat. Heh heh heh

    BalasPadam
  3. kalau dah tak dapat jadi calon tu, duduk diam2 la bodoh. masih tak sedar diri. dah tak laku la.
    lepas pru13 ni, rakyat mau kasi lu jumpa robengah.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...