Jumaat, April 12, 2013

KENAPA PAS BERKAWAN DENGAN DAP & TOLAK UMNO? INI JAWAPANNYA...





Mungkin ramai yang belum faham
kenapa PAS berkawan dengan DAP,
tidak dengan Umno. Buat yang
belum tahu apa sebabnya boleh
merujuk kepada 16 sebab-sebab
utama di bawah ini:

1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah.

DAP tiada buat penyelewengan
tetapi Umno sudah banyak
penyelewengan kuasa dibuat.

2) DAP menolak Hudud sebab

mereka bukan Islam, tetapi peliknya
Umno tolak Hudud sedangkan
mereka beragama Islam. Jadi PAS tak
mahu kawan dengan orang Islam
yang tolak hukum Islam.
3) DAP tidak pernah bunuh umat
Islam, tetapi umat Islam Memali
dibunuh oleh siapa?

4) DAP tidak pernah runtuhkan

masjid, tetapi banyak surau dan
masjid diruntuh atau ditutup oleh
kerajaan Umno/BN atas pelbagai
alasan.

5) DAP tidak pernah hentikan

tazkirah dan kuliah agama di masjid
dan surau. Tetapi banyak kuliah dan
tazkirah dihentikan oleh pihak
berkuasa atas alasan tiada tauliah
sedangkan ustaz tersebut lulusan
Timur Tengah dan IPTA yang dibina
kerajaan sendiri.

6) DAP tidak pernah tangkap rakyat

tanpa bicara, tetapi kerajaan
pimpinan Umno menggunakan ISA
dan akta baru sekarang untuk
berbuat demikian.

7) DAP tidak pernah

menggadaikan
tanah orang Melayu, tetapi sejak
merdeka tanah rezab Melayu
berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7
juta hektar sahaja. Ini angkara
siapa.?

DAP tidak pernah mempertikaikan

Bahasa Malaysia sebagai Bahasa
Rasmi negara tetapi siapa pula yang
memperkenalkan PPSMI?
9) DAP tidak pernah merampas dan
menganiaya negeri orang Melayu
dan umat Melayu tetapi kerajaan
Umno/BN menafikan royalti minyak
kepada Kelantan dan Terengganu.

10) DAP setia kepada persefahaman

dan persepakatan tetapi Umno lah
yang menghalau PAS keluar dari
Barisan Nasional pada tahun 1974
kini Umno gila talak dan kembali
rujuk kepada PAS.

11) Ketika Umno/BN kuat, PAS

dipandang sebelah mata, bila Umno/
BN lemah, PAS seringkali diajak
bergabung

12) Umno BOLEH bergabung dengan

MCA, MIC dan lain-lain parti bukan
Melayu/Islam sebanyak 11 parti
dalam BN, tetapi PAS bergabung
dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu
PKR dan DAP TAK BOLEH pula?

13) PAS bukan parti berasaskan

perkauman tetapi Umno adalah
perkauman sempit sama seperti
MCA dan MIC. PAS menentang dasar
berjuang atas perkauman atau
Assobiyyah.

14) PAS menentang kezaliman dan

penindasan terhadap rakyat atas
dasar apa sekalipun. Banyak sekali
contoh kezaliman dan penindasan
yang dilakukan oleh kerajaan Umno/­
BN seperti menafikan royalti,
bantuan perkapita kepada negeri PR
(diberi tidak sepenuhnya dan
dilengah-lengahkan), bantuan
kepada Sekolah Agama Rakyat
dihentikan, harga barangan dan
perkhidmatan semakin naik dan
sebagainya.

15) PAS menentang pembaziran yang

menjadi amalan kerajaan Umno/BN
dengan projek-projek mega yang
sebahagian besarnya tidak
memberikan manfaat kepada
rakyat .......

16) DAP dan PKR menerima dan

memeterai perjanjian bahawa Islam
tetap menjadi agama Rasmi
Malaysia, Sistem Raja
Berpelembagaan tetapi
dipertahankan, Hak Istimewa Melayu
iaitu Perkara 152 & 153
dipertahankan, Bahasa Melayu tetap
menjadi Bahasa Rasmi Malaysia.
Yang sebenarnya masih banyak lagi
antara sebab-sebab tetapi 16
nurkilan kami di atas adalah
penyebab utamanya. Moga tulisan
ringkas ini mampu menjadi panduan
ringkas kepada para sahabat semua.


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

16 ulasan:

  1. Tanpa Nama12/4/13 9:22 PG

    walau jahat cemanapun org UMNO, tp mereka ada IMAN..mereka ada kalimah Laailaahaillallah

    org yang ada iman walau sebesar zarah lebih mulia di sisi Allah daripada org yg takde iman langsung...

    org yg ada iman walau sebesar zarah, Allah janjikan syurga yg 10x ganda lebih besar dari dunia..sedangkan org yang mati tanpa iman, akan kekal dalam neraka selama-lamanya...

    kalau begitulah kemuliaan yg Allah beri pd org yg beriman, siapalah kita utk menghina mereka.

    Ya Allah, satukanlah hati umat ini ...



    BalasPadam
    Balasan
    1. Engkau pegi bagitau najib dan umno jgn zalim dgn kelantan sebab merekaa 96%org islam bagi balik royalti itu hak mereka....apa macam bro?lu tak payah waayanglah ABU

      Padam
    2. Tanpa Nama12/4/13 9:52 PG

      Ek????kalo org islam tp tolak hudud 2 mcm mna ekkkk???jd ape ek??

      Padam
    3. Tanpa Nama12/4/13 9:59 PG

      Orang yang beriman, mengaku Islam tetapi menolak hukum2 Allah...apakah mereka itu masih beriman?
      Iman seseorang ditentukan oleh Allah semasa nyawa di penghujungnya...jika orang yang semasa hayat mengaku beriman tetapi di penghujungnya syirik kpd Allah, maka sia2 lah Imannya selama hayatnya sebaliknya org yang kufur selama hayatnya ttpi mengaku Allah yg Esa & Muhammad pesuruhNya semasa nyawanya diambil, maka beruntunglah insan itu.
      Renung2kanlah..jgn menilai seseorang itu pd zahirnya sahaja

      Padam
    4. Iman ditentukan pd akhir hyat? Ko dh slah fhm ni bro. Kt diWAJIBkn mnjaga iman kt stiap saat n bdoa utk ketetapan iman smpai akhir hayat. Kt xtau bla kt akn mati. Adakah kt xbleh nk wat pnilaian pd seseorng smpaila dia mati?? Mcm 2? Kelakar ape ni? Jgn sempit sgt akal. Kt kna btindak n menilai ikut keadaan la..kn islam dh bg garis2 pnduan. Nilai la dr situ. Kalo nk tggu mati bru nilai org, aku rasa 400 thn lg pn x mngundi. Hahahaha!!!

      Padam
  2. Tanpa Nama12/4/13 9:59 PG

    Salam Bro,bukakan minda kita.UMNO tak pernah tolak hukum hudud.Yang UMNO tolak ialah hukum hudud ala PAS.Berlapang dadalah kita.Semoga orang Melayu Islam di Malaysia ini akan bersatu demi untuk agama,bangsa dan negara kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hukum Hudud Hukum Allah Subhanahuwataala.Jangan terikut-ikut parti syaitan yang melabel-label hukum Allah.Takutlah kamu akan azab Allah. Masakan soal aqidah boleh ikut syaitan yang dikenal semata-mata untuk "kununnya" bersatu.

      Padam
    2. Hudud ala pas?mcm mna?ape beza hudud yg pas nk bwk ngan hudud yg islam tetapkan?????

      Padam
    3. Sejahil jahil aku jahil lagi anon 9:59pg bodoh brtingkat tingkat.

      Padam
    4. Dah nyawa2 ikan baru rasa nak bersatu. Kenapa dulu angkuh. Nak ajak bersatu atas dasar UMNO buat apa. Kembalilah pada kitab Allah dan bertaubat...

      Padam
  3. Sembang mengalahkan ustaz.,, kat mana kau belajar ugama ni. Klu dah terang2 tolak hukum allah nak kata ada iman. Kau ingat semua org yang kufur selama hayatnya dpt taubat sblm mati... ingat allah senang2 je ke nak bagi hidayah kat org mcm nie. Masa hidup dok lawan allah last2 nak mati dpt taubat... hahaha.... statement ntah apa2.

    BalasPadam
  4. Ciri Orang Munafiq ada 4.
    Bila Berjanji Ia mumgkir
    Bila Amnah ia pecahkan
    Bila cakap ia Dusta
    Bila bergadoh ia beria-ia
    Semua ini ada pada UMNO ke? DAP ke?
    Apa apa pun solat ithikharah sebelum sokong dan undi

    BalasPadam
  5. Orang Munafiq Tiada iman dan neraka paling bawah selepas Kafir

    BalasPadam
  6. Kalau tak sokong hudud ala pas, cuba tunjuk hudud ala umno...kami akan sokong islam

    BalasPadam
  7. Anon 9;59 belajarlah bab hukum2 agama sebelum komem dsini bukan apa..komen anda nampak jelas bodohnya..tq.

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama14/4/13 4:15 PG

    Amat membimbangkan ideologi punah orang-orang umno...betul2 sudah terpesong...mereka lupa...teramat lupa pemimpin-pemimpin mereka telah meluluskan penggunaan bahasa Melayu dalam bible di Malaysia...adakah kerja2 orang PAS atau DAP? jawablah....ada hati mencanang keburukan pada orang lain. Setelah orang umno kentut mereka akan tuduh orang pas yang kentut melalui TV3suku..Kemudian mencangan hukum hudud ala PAS...mana punya manusia yang begitu munafik berani mengatakan sedemikian? Ketahuilah kedudukan orang-orang munafik itu lebih hina dari mereka yang kafir (bukan islam) di mana neraka paling dalam ditempatkan mereka itu...JIka jahil bab agama janganlah memandai nak komen menunjukkan anda penyokong tegar umno yang amat jahil. Nilailah sendiri ciri-ciri munafik yang sukar untuk anda perolehi kerana pagi tadi mereka sujud, bila tengah hari hingga ke petang mereka berselindung menentang hukum dan mencaci-cari orang yang ingin menegakkan syariat Islam di bumi ini...dan fikir-fikirkanlah bagi anda yang telah terang dilihatkan tanda-tanda kemunafikan itu, adakah anda juga ingin bersekongkol? Melainkan ada hijab yang manafikan segala kejahatan mereka pada pandangan anda.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...