Isnin, April 08, 2013

MARI MENJILAT LUDAH

Manifesto Aku Janji Jilat Ludah Sendiri

Mukhriz Mahathir berkata janji Barisan Nasional (BN)
untuk menurunkan harga kereta antara
20 hingga 30 peratus jauh lebih bijak
berbanding tawaran yang dibuat oleh Pakatan Rakyat.

Sebelum ini
para pencacai meracau
memburukkan Pakatan Rakyat

Kestabilan ekonomi negara bakal terjejas 
sekiranya harga atau duti eksais kereta diturunkan 
seperti yang mahu dilaksanakan pembangkang 
jika berjaya menawan Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Selain itu, ia mendedahkan rakyat khususnya 
yang terlibat dengan industri automotif kepada situasi muflis.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, 
penghapusan cukai kereta akan menyebabkan hasil negara 
berkurangan sebanyak RM7 bilion.



Muhyiddin Yassin berkata, 
penurunan harga kereta secara mendadak 
akan menjejaskan pembangunan industri automotif tempatan secara keseluruhan.
Bukan itu sahaja, malahan langkah tersebut juga akan 
memberikan kesan terhadap pembangunan ekonomi negara.





Manifesto pakatan pembangkang boleh menjejaskan
pertumbuhan ekonomi negara yang kini berkembang pesat,
kerana pelaksanaan manifesto itu
melibatkan implikasi ekonomi yang besar,
kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.


Khairy jamaluddin kata: '
'Jika kurangkan harga kereta, 
ia bermakna kita akan menghapuskan cukai. 
Apabila hapus cukai, ini akan memberi kesan kewangan 
sebanyak RM4.6 bilion setiap tahun 
iaitu cukai yang tidak dapat dipungut kerajaan. 
Janji ini merupakan sebahagian daripada janji-janji yang lain. 
Persoalannya bagaimana pembangkang nak biayai janji-janji itu?

''Jika satu janji tak mengapa. 
Tetapi jika ditambah dengan janji menghapuskan tol, 
pendidikan percuma, royalti minyak tambahan 
kepada Sabah dan Sarawak, 
menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 
dan nak beri gaji minimum RM4,000 setiap keluarga, ini akan bankrapkan negara,'' katanya.



Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 pembangkang 
yang mahu menurunkan harga kereta disifatkan sebagai janji tidak realistik 
dalam keadaan ekonomi semasa negara.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA),
 Datuk Aishah Ahmad berkata, 
tindakan itu akan menyebabkan
 negara kehilangan pendapatan besar 
ekoran penghapusan cukai bagi kenderaan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno:
"Janji pembangkang mahu merombak
Dasar Automotif Negara sekaligus
mahu menurunkan harga kereta
jika dapat menawan Putrajaya
pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang
dilihat sebagai tidak rasional.
"

Pembangkang ni, saya tengok,
dengan mudahnya nak turunkan
harga itu dan ini, sampai rugi.
Sedangkan syarikat-syarikat kereta inilah
yang membayar cukai kepada kerajaan,
yang sekaligus kembali semula kepada rakyat
dalam bentuk pelbagai faedah untuk rakyat,"
katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ismail Sabri kata:
"Kalau semuanya hendak diturunkan
dari mana hendak dapatkan sumber pendapatan negara?"




Ulasan :


Ini membuktikan Manifesto Pakatan Rakyat boleh dilaksanakan dan sesuatu yang realistik!



Bukankah Umno/Bn terpaksa menjilat ludah sendiri?


Jika tidak, mengapa Manifesto Aku Janji Umno/BN turut meniru menurunkan harga kereta?



 suasanapolitikmalaysia


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

4 ulasan:

  1. nie lah nasib di semua negara islam. law dicipta songsang dari ajaran islam sebenar.

    nak share artikel best tentang kenapa negara islam mundur jika di banding dengan negara barat?

    baca di sini:http://astanakandis.blogspot.com/2013/04/its-now-or-never.html

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama8/4/13 7:19 PTG

    apa boleh buat???inilah standard pengetahuaan bekas2 menteri di malaysia.apabila mengulas sesuatu isu,pasti ulasan berbentuk kelakar bangang.secara tak langsung menghina melayu sebab,,,ulasan2 yg dibagi memang ulasan org bodo..asyik nak mentekedaghah duit sampai sanggup bergadai maruah...wahai rakyat malaysia,,,kenapa perlu di hormati jenis melayu di mulut tapi yahudi dlm hati...kita lebih mulia sebab rakyat yg susahpun,,,,hanya bergadai golok saja.....

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama8/4/13 8:22 PTG

    Dah lama rakyat diperbodohkan oleh BN. Rata2 rakyat nampak agak senang bukan atas progran BN. Tapi atas program Bank Rakyat. Bayar hutang PTPTN pun pakai BR. SAIMPAN DLM ASB pun pakai BR. Besarkan rumah BR. Hantar emakbapak pergi haji BR.
    Ayuh kita tukar . Jangan takut. Dakyah petksunan dan fikiran aempit memang acuan BN agar mereka terus berkuasa. Mereka akan terus memperbohkan kita supaya senang mereka merompak kekayaan negara.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama9/4/13 1:15 PG

    Dalam umno x ada yg cerdik semuamya bodoh...budak tadika lagi cerdik..ABU.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...