Ahad, April 07, 2013

Najib 'langgar' peraturan kerajaan sementara?


KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menandatangani Ikrar Integriti Pilihan raya bersama Trasparency International Malaysia pada 20 April lalu disifatkan sebagai kosmetik semata-mata.

Ini kerana, baru sahaja empat hari parlimen dibubarkan, semalam Najib Tun Razak pula mengumumkan tiga projek pembangunan di Cyberjaya membabitkan kos keseluruhan mencecah RM8 bilion bermula tahun ini.

Bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Najib telah menipu rakyat negara ini dengan apa yang pernah dijanjikan sebelum ini.

Katanya, Najib dilihat telah menyalahgunakan kuasa apabila mengumumkan projek berskala mega sedangkan ianya penyalahi garis panduan kerajaan sementara.

"Sepatutnya dia tidak ada hak untuk mengumumkan apa-apa projek dan dia hanya boleh buat urusan pentadbiran sahaja misalnya soal gaji kakitangan awam," kata Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau turut meminta rakyat negara ini melihat sendiri pemimpin parti dan kerajaan BN yang secara terang-terangan telah membohongi mereka.

"Adakah rakyat Malaysia masih ingin memilih pemimpin dan kerajaan yang pembohong?" soal Mahfuz.

Semalam, Najib mengumumkan tiga projek iaitu merangkumi pembinaan sebuah masjid, 2,500 unit rumah kediaman termasuk 794 unit di bawah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta pembangunan pusat bandar Cyberjaya.

Perdana Menteri berkata, pembinaan masjid bernilai RM62 juta yang mampu memuatkan 8,500 jemaah akan dibina di atas tapak seluas 6.8 hektar dan dijangka siap pada 2015.

Selain pembinaan masjid, Perdana Menteri turut mengumumkan pembangunan projek perumahan di tapak seluas 43.6 hektar dengan kos RM1.2 bilion.

Katanya, sebanyak 2,500 unit rumah dan komersial akan dibina dalam satu persekitaran unik dan kondusif pada harga mampu milik untuk rakyat kategori profesional dan pendapatan sederhana berharga antara RM220,000 dan RM250,000.

HD


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

6 ulasan:

  1. Tanpa Nama7/4/13 2:28 PTG

    Projek- projek tu semua dah approved terlebih dulu sebelum kabinet bubar dan sudah pun berada dalam fasa perlaksanaan . Maksudnya , sudah ada budget terdahulu dan sudah ada kajian fisibiliti.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama7/4/13 3:24 PTG

    Masyukkkk

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama7/4/13 3:43 PTG

    BAGUS LAH TU..KAN SEMUA NYA UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT....KALAU ADA SEGELINTIR RAKYAT YG RASA X BERSYUKUR DENGAN SEGALA MACAM YANG AKAN DIBANGUNKAN, TERPULANG TIADA SIAPA YANG MEMAKSA....SETIDAKNYA RAKYAT YANG MEMANG BERSYUKUR DAN MAHUKAN KEMAJUAN LEBIH RAMAI LAGI DILUAR SANA...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama7/4/13 8:36 PTG

      Sendiri buat peraturan sendiri langgar

      Padam
  4. Tanpa Nama7/4/13 3:59 PTG

    salam semua, saya penyokong pakatan rakyat daripada dahulu. namun untuk situasi sekarang, barisan nasional mendahului sekarang sebenarnya..dengan pengumuman manefesto secara langsung malam tadi, telah menyebabkan segelintir rakyat percaya dengan cubaan najib untuk mengekalkan kuasanya..Selain terdapat kerjasama daripada media-media prima yang mampu dan mudah dimiliki oleh rakyat tidak kira mana ceruk yang mereka tinggal. Oleh itu ayuh semua..mari kita berkempen secara sehat bagi membuka mata rakyat yang sedang asyik di taburkan dengan wang...jangan hina mereka,,sedarkan mereka...sesungguhnya orang yang digelapkan dengan wang..bersama-sama syaitan..Terima kasih

    P/s: Mohon bloggers berkempen dengan fakta dan bukti..supaya dipihak kita tidak nampak mereka-reka cerita untuk meraih undi...Jangan pandang ringan manefesto Barisan nasional semalam...ia betul2 berkesan dihati rakyat yang atas pagar mahupun yang memang bersama umno...percayalah

    -Penyokong PAS-

    BalasPadam
  5. di seksyen 77/4/13 7:00 PTG

    hhaahaha ramai pulak pencacai kat sini. termasuk yg menyamar.

    aku tetap undi PR

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...