Sabtu, April 20, 2013

TERBUKTI PAPAGOMO TAKUT KALAH DENGAN ANWAR


Papa Gomo Tarik Diri Dari Bertanding Di Permatang Pauh.

Cam gampang.

Cakap belit2. Mula2 nak bertanding. Siap cabar blogger pr suruh lawan najib kat pekan. Then siap minta derma. Konon untuk lawan dsai di permatang pauh. Last2 batal. Apa pun takde. Dah tu pulangkan la balik seme duit2 derma tu.

Mesti tak punya la. Baik songlap je duit derma tue kan. Tah alasan apa di beri untuk cover kekantoian dia. Yelah.. Mungkin yang derma tu bodoh2 alang macam papa gomo juga. So takde la aku nak rasa simpati ke apa. Just nak cakap sesama korang memang bingai pun. Hidup2 di tipu papa gomo. Dari blog sampai ke duit kena sapu.

Padan muka.

Kah kah kah



Pemilik blog Papagomo hari ini menarik balik hasratnya untuk menentang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Papagomo dalam blognya itu berkata, keputusannya itu bagi memberi laluan kepada calon Barisan Nasional (BN), Dr Mazlan Ismail untuk mencipta kemenangan di kubu kuat Ketua Pembangkang itu.

Katanya, walaupun menarik diri sebagai calon Bebas di Permatang Pauh, dia akan tetap meneruskan usaha membongkar tindak-tanduk dan penipuan serta kegiatan-kegiatan tidak bermoral Anwar demi agama, bangsa dan tanah air.

"Saya mengambil keputusan untuk menyokong dan menjadi sebahagian daripada jentera kempen calon BN, Dr Mazlan bagi mentalkinkan Anwar di PRU-13 ini.

"Keputusan saya tidak bertanding bukan bermakna saya bimbang wajah sebenar saya dikenali umum malah seperti yang saya tegaskan sebelum ini saya berani berdepan dengan mana-mana sahaja mahkamah dalam dunia ini bagi membuktikan bahawa saya tidak memfitnah Anwar.

"Sehingga ke hari ini dan hingga ke akhir hayat saya tetap yakin dan percaya bahawa Anwar sama sekali tidak layak untuk diberikan mandat memerintah negara ini dan pakatan pembangkang juga jauh panggang dari api sekiranya mereka merasakan mereka adalah yang terbaik memimpin negara ini," katanya dalam blognya, papagomo.com hari ini.

Papagomo sebelum ini telah disaman oleh penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh itu kerana menyiarkan gambar yang menunjukkan seorang lelaki yang menyerupai Anwar sedang bercumbuan dengan seorang lelaki lain.

Pemilik blog itu berkata, hasratnya untuk bertanding di Permatang Pauh sebelum ini samata-mata untuk menumbangkang Anwar sekali gus membersihkan diri daripada bersubahat dengan perbuatan tidak bermoral pemimpin itu sebelum ini.

Saya berjanji sepanjang kempen PRU-13 yang bermula 20 April sehingga 5 Mei nanti, saya akan bersama-sama dengan rakyat Permatang Pauh untuk berkempen bagi memenangkan calon BN dan untuk kali ini, saya yakin Anwar boleh ditumbangkan," katanya.

DEY MACHA!!! TV3 SUKU DAH DEDAH NAMA SEBENAR PAPAGOMO, PASAI TU DIA TARIK DIRI KAH! KAH! KAH!



sumber Miji Tan

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...