Rabu, Mei 15, 2013

ANWAR NAK SERAH BUKTI PENIPUAN PRU KEPADA OBAMA



Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Berucap dalam Himpunan 'Black 505' di Kuantan malam tadi, Anwar berkata Pakatan mahu kuasa besar itu menjawab mengenai kemenangan BN yang didakwanya turut disumbangkan oleh pengundi bukan warganegara Malaysia.

"Oh, katanya tadi Obama telefon kepada Datuk Seri Najib. Tak apa, tak ada masalah. Tapi saya nak beritahu kepada Presiden Obama... Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq.

"Saya nak beritahu kepada Amerika, kita akan beri bukti penipuan dan (kita) nak tengok kamu akan kata apa. Malaysia ini dimenangi oleh Umno pada pilihan raya baru-baru ini, bukan sahaja dengan undi rakyat Malaysia, tapi undi Banglasia," kata Anwar.

Kira-kira 30,000 hadirin yang dihadir di markaz PKR di Jalan Beserah malam tadi bersorak dan meniupkan vuvuzela sebagai sokongan ke atas kenyataan Anwar itu.

Tokoh PKR itu mengulas laporan Bernama sebelum itu bahawa Obama menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 untuk terus menerajui Malaysia.

Dalam panggilan mengejut itu, Obama menyatakan beliau faham dan menerima proses dan keputusan PRU13 baru-baru ini di Malaysia.

Laporan yang memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu menyebut, Presiden AS itu turut diberi taklimat mengenai usaha kerajaan Malaysia untuk memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil.

Dalam ucapannya juga, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwanya menerima dakwaan undi bukan warganegara Malaysia sebagai "perkara biasa".

"Dan SPR terima itu sebagai perkara biasa. Yalah, dia ada kad pengenalan biru. Penipu! Jawapan yang tidak bertanggungjawab.

"Sebab itu, saya katakan nak selamatkan negara ini, pertama sekali yang perlu undur, (Pengerusi) SPR mesti diberhenti sekarang juga," katanya yang turut disambut dengan sorakan dan tiupan vuvuzela.

MK

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

19 ulasan:

  1. Kono hantar report card kat Obama. Maklumlah,dana dah tapau kaw kaw. Jangan lupa hantar report kat Presiden Russia, Turki,Mongolia, dan lain-lain. Ops george soros jgn dilupakan. kang kena rotan kang kalau lupakan dia.

    BalasPadam
  2. dia ingat obama bodoh mcm dia ker... alahai sangat kesian... ni lah, selagi tak dapat jadi PM, selagi tu lah meroyan mcm org gila..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak yg meroyan dgn kemenangan tipu dan kosong. Betulka cakap sama Obama? Action berlakon aje. PRU tipu ingat kita percaya ke Najib dpt panggilan dr Obama? PODAH!!!

      Padam
  3. Tu dia sampai hantaq kat OBAMA hehehe..punya kemaruk nak jadi PM..Enough is enough...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak yg meroyan dgn kemenangan tipu dan kosong. Betulka cakap sama Obama? Action berlakon aje. PRU tipu ingat kita percaya ke Najib dpt panggilan dr Obama? PODAH!!!

      Padam
  4. Laporan yg Anuar patut kena hantar kalau teringin nak jadi PM.

    1. Presiden US.
    2. Presiden China.
    3. Presiden Singapore
    4. PBB
    5. OIC
    6. Sultan Kiram 111.....hehehe

    Sokong yg membawa rebah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak yg meroyan dgn kemenangan tipu dan kosong. Betulka cakap sama Obama? Action berlakon aje. PRU tipu ingat kita percaya ke Najib dpt panggilan dr Obama? PODAH!!!

      Padam

  5. "Oh, katanya tadi Obama telefon kepada Datuk Seri Najib. Tak apa, tak ada masalah. Tapi saya nak beritahu kepada Presiden Obama... Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq....

    hahahha..Iraq tu saudara Islam kita kot..dia boleh cakap perang Amerika ke atas iraq tu untuk demokrasi di Iraq.apa daa.tak nampak ke tak tahu ke saja2 buat2 tak tahu sebab dah dapat banyak sponsor?
    ni semua nak tutup malu kat sponsor2 dia ja..ye la duit dah amik.yakin sangat nak jadik PM.kena buat demonstrasi la nak tunjuk ramai rakyat au kat dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak yg meroyan dgn kemenangan tipu dan kosong. Betulka cakap sama Obama? Action berlakon aje. PRU tipu ingat kita percaya ke Najib dpt panggilan dr Obama? PODAH!!!

      Padam
  6. kat misuari pun jgn lupa bagi yek.. tu ko punyer sokongan yg paling kuat tu.. dia mesti sokong ko 200% punye, niat dia ngn ko sama, nak jadik PM... huahuahuahua....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak yg meroyan dgn kemenangan tipu dan kosong. Betulka cakap sama Obama? Action berlakon aje. PRU tipu ingat kita percaya ke Najib dpt panggilan dr Obama? PODAH!!!

      Padam
    2. Ini pula kenyataan Media yang dikeluarkan oleh White House..

      Yang mana antara kenyataannya ialah.. "The President noted that Malaysians had turned out in record numbers to vote and welcomed the Prime Minister’s efforts to address concerns about election irregularities."

      Maknanya.. "Presiden itu berkata bahawa rakyat Malaysia telah keluar mengundi dalam jumlah yang menjadi rekod dan menyambut baik usaha Perdana Menteri untuk menangani kebimbangan mengenai penyelewengan pilihan raya."

      Padam
  7. Ini pula kenyataan Media yang dikeluarkan oleh White House..

    Yang mana antara kenyataannya ialah.. "The President noted that Malaysians had turned out in record numbers to vote and welcomed the Prime Minister’s efforts to address concerns about election irregularities."

    Maknanya.. "Presiden itu berkata bahawa rakyat Malaysia telah keluar mengundi dalam jumlah yang menjadi rekod dan menyambut baik usaha Perdana Menteri untuk menangani kebimbangan mengenai penyelewengan pilihan raya."

    BalasPadam
  8. Kemenangan tipu ka..kosong kaa..yenadeyy. kasi fight court la sama spr. Kasi bukti.ambik loyar pas pkr. Serupa tin kosong la u.

    BalasPadam
  9. Kemenangan tipu ka..kosong kaa..yenadeyy. kasi fight court la sama spr. Kasi bukti.ambik loyar pas pkr. Serupa tin kosong la u.

    BalasPadam
  10. Sial la kauu semua. Kenapa tak sebut nama aku. Dia juga harus hantar report kad kat aku tauu. Dia dah janjik mau bagi rakyat aku seluar jeans jenis levis tau.

    Jamalui karam III IV V
    Sultan sulu

    BalasPadam
  11. ammak... dey, tarak susah itu mau cari loyar, kapal sigh juga ada.. kasi turun naik mahkamah itu macai2 PKR boleh tolong angkat juga. mereka itu manyak baik hati, itu sanggup angkat janggut putih takda apa2 bayaran. macai kerja sangat baik n ikhlas.. aammaakk....
    lu tgk ar, macai bodoh taktau nak balas komen org, macai ulang2 saja...
    (Awak yg meroyan dgn kemenangan tipu dan kosong. Betulka cakap sama Obama? Action berlakon aje. PRU tipu ingat kita percaya ke Najib dpt panggilan dr Obama? PODAH!!!)
    itu org sama meroyan itu dgn org manyak perasan mau jadi PM..

    BalasPadam
  12. LAIN KALILAHHHH.HEHEHEHEHEHEHEE

    BalasPadam
  13. kenapa mesti org luar campur tangan, Obama blh selesai ke? jgn jadi bodoh laaaa brp byk negara huru hara sekarang obama dah selesai?

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...