Rabu, Mei 01, 2013

BERAPA LAMA KENA KERJA UNTUK BELI IPOD NANO?






Transformasi ekonomi dan perubahan yang sentiasa dicananangkan oleh kerajaan Barisan Nasional tidak mampu mengatasi masalah kemerosotan kuasa membeli di Malaysia.

Tidak seperti generasi terdahulu yang mampu untuk membeli rumah dan kereta dalam beberapa tahun pertama setelah bekerja, generasi muda Malaysia hari ini mendapati diri mereka berada dalam longgokan hutang. Mereka kena berhutang selama 20-30 tahun untuk membeli sebuah rumah and berhutang selama 9 tahun untuk membeli sebuah kereta.

Satu kajian terhadap golongan muda yang bekerja telah dilakukan oleh The Malaysian Insider menunjukkan bahawa mereka amat bimbang akan jurang antara pendapatan dan kos sara hidup yang telah mencapai tahap kritikal; sama ada mempunyai simpanan yang sangat sedikit atau berhadapan dengan hutang yang melambung tinggi dan berasa tertekan untuk terus hidup tanpa bantuan keluarga.

Rakyat di Malaysia perlu bekerja lebih lama daripada rakyat di negara lain untuk membeli sebuah Ipod Nano. Pakar ekonomi berkata, ketidakcekapan, kurangnya persaingan dan mata wang ringgit pada kadar rendah adalah punca kepada harga barangan yang semakin tinggi. Kos barangan seperti rumah dan kereta juga dianggap sebagai membebankan walaupun kepada generasi bekerja yang lebih berumur.

Pakatan Rakyat akan mengurangkan beban generasi muda Malaysia dengan memperkenalkan polisi-polisi berikut:

1. Memperkenalkan pengangkutan awam yang lebih efisien dan murah

2. Memansuhkan cukai eksais kepada harga kereta yang lebih murah, supaya generasi muda Malaysia mempunyai lebih banyak wang untuk dibelanjakan setiap bulan selepas membayar hutang kereta mereka.

3. Menghapuskan monopoli dan penswastaan oleh kroni dan memperkenalkan persaingan pasaran yang sihat untuk memastikan keperluan dan perkhidmatan seharian berada pada kadar rendah.

4. Meneruskan amalan tender terbuka untuk projek-projek kerajaan untuk memastikan kerajaan berbelanja secara efisien dan lebihan dana simpanan boleh disalurkan terus kepada rakyat.

Pakatan Rakyat akan memastikan masa depan ekonomi yang baik bagi generasi muda Malaysia.

Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...