Jumaat, Mei 24, 2013

DEMOKRASI BACUL BERLINDUNG DI CELAH PAHA

DEY MACHA!!!
MAJALAH SEPARUH LUCAH
MEMBONGKAR BUAH DADA CELAH PAHA
BOLEH PULAK DEPA BIAQ DIJUAL ?

TAPI MAJALAH SUARA RAKYAT
MEMBONGKAR PENIPUAN DAN RASUAH
BOLEH PULAK DEPA RAMPAS?

TANYA SAMA NAJIB
APAKAH INI TRANSFORMASI ATAU TRANSPORNOSI?
KAH! KAH! KAH!





Suara Keadilan turut dirampas

23 Mei 2013

KUALA LUMPUR: Selepas Harakah, kini akhbar lidah rasmi parti Keadilan Rakyat Suara Keadilan juga dilaporkan dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di beberapa buah negeri sejak semalam.

Menurut Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail ribuan naskah akhbar Suara Keadilan telah dirampas dari kedai-kedai pembekal dan pengedar di seluruh negara.

Dalam tempoh 24 jam mulai semalam, katanya pegawai-pegawai KDN, telah bertindak merampas dan mengancam untuk menangkap pembekal dan pengedar akhbar Suara Keadilan di beberapa tempat.

Katanya, di Ipoh Perak malam tadi, tujuh orang pegawai KDN telah menyerbu premis salah seorang pembekal Suara Keadilan dan merampas 214 naskah akhbar tersebut.

Jelasnya, pegawai-pegawai tersebut bagaimanapun enggan memberi sebarang bukti surat kuasa rampasan.

"Di Melaka pula, pada jam 10 pagi hari ini 70 naskah Suara KEADILAN telah dirampas dari seorang pengedar yang menurut beliau, pegawai-pegawai KDN hanya memberi alasan bahawa ia telah menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984," katanya.

Tambahnya, kejadian yang sama juga telah berlaku hari ini di Johor Bahru, Johor, Seremban, Bangi dan juga di Kota Bharu, Kelantan.

"Kita menjangkakan bahawa tindakan kasar, zalim dan sangat tidak demokratik ini akan berterusan, seperti yang dilihat dalam penangkapan beberapa tokoh dan aktivis pembangkang seperti Nik Nazmi Nik Ahmad, Adam Adli, Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghafar dan 18 orang aktivis lain yang menunjukkan sokongan kepada Adam Adli," katanya.

PKR mengecam tindakan rampasan akhbar Suara Keadilan yang jelas melihat ia sebagai satu lagi pembuktian bahawa kerajaan Umno BN terus-terusan mahu memperbodoh rakyat Malaysia dengan cubaan menyorokkan berita dan laporan alternatif dari rakyat yang sebenarnya mampu menilai dengan bebas tentang perkembangan politik negara.

Malah, tegas Saifuddin rampasan akhbar Suara Keadilan ini bermotifkan politik dendam serta cubaan menyekat penyebaran maklumat terutama mengenai penipuan pilihanraya.

"Tindakan ini juga jelas membayangkan ketakutan kerajaan Umno BN sendiri kerana mereka memperolehi kuasa hanya berdasarkan mandat minoriti dan kerana itu terpaksa mengunakan kaedah tidak demokratik untuk mengekalkan kekuasaan," katanya.

HD

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

11 ulasan:

  1. Akhirnya lancar jugak. pasni senang nak cari pengundi hantu? lihat sini

    BalasPadam
  2. Himpunan Black 505 di Kompleks PAS Kedah pun ramai dok tunjuk paha. Apahal bro?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la.. suruh ngaji x mau.. tau maksud ayat "kau dgn agama kau, aku dgn agama ku". Lbh baik kafir yg adil, dari mengaku islam tp zalim dan tolak ayat al quran.

      Padam
  3. GREEN TROOPER23/5/13 11:44 PTG

    DEY BACHAA..tak pure UMNO la kalau KDN haramkan majalah separa lucah dan menaikkan nafsu yg tipis iman....UMNO itu sekuler,ibadah dan maksiat blh campur2 mcm rojak...lg pun majalah mcm tu bukan blh menggugat krjaan umno..sebab muda-mudi melayu yg membelinya 98% pasti sokong umno...dlm majalah semacam itu mana ada cerita bab rasuah scopene,pkfz,lynas.ketirisan wang rakyat (seperti laporan audit negara),jauh sekali bercerita ciri2 memilih pemerintah mengikut islam..

    BalasPadam
  4. Kekekeh org harakah pun pandai "mangga"...ingat hampa tak baca

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh2!..lu pon kenal harakah ye?moga allah beri hidayah padamu..

      Padam
  5. hi umat islam , berfikirlah dengan akal dan iman bukan akal dan nafsu.
    BERSATULAH BANGSAKU YANG SEAGAMA.
    ALLAH AKAN RAHMATI KITA

    BalasPadam
  6. minda orang melayu biasalah minda sex lucah porno didikan parti lucah umno bn , bangsa lain dek sibuk kejar kemajuan melayu umno bn sibuk dgn sex lucah sek porno tak ada kemajuan langsung. Mampuih melayu tiada masa depan jadi hamba bangsa lain.

    BalasPadam
  7. Umno yg mnjadi pemerintah di malaysia selama ini, inilah cara islam yang umno terapkan. Jangan salahkan pihak lain.

    BalasPadam
  8. Ini yg org umno nak, share dosa sama2...haha. siksaan allah teramat2 pedih..ya allah, bimbingi aku jauhi dari siksamu...aminnn..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...