Ahad, Mei 26, 2013

GEMPAQ!!! NAJIB SEDIA BERTANDING LAWAN ANWAR TAPI...ACAH JE

DEY MACHA!!!
NAJIB DAH BERANI ACAH ANWAR
AJAK BERTANDING SISTEM UNDI POPULAR
TAPI ADA NAMUN PULAK
KAH! KAH! KAH!

GUA NAK TERGELAK BEB
ANWAR AJAK DEBAT PUN TAKUT
LAGI MAU ACAH ANWAR
KAH! KAH! KAH!



Najib sedia tanding Anwar jika ada undi popular



PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedia bertanding dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim jika negara mengamalkan sistem undi popular seperti yang dicanangkan Ketua Pembangkang itu.

Namun beliau menegaskan, semua pihak perlu menghormati keputusan rakyat dan mematuhi proses pemilihan kerajaan malalui demokrasi berperlembagaan.

“Kalau ada Presidential Election (Pilihan Raya Presiden), saya boleh bertanding dengan Anwar Ibrahim, tidak ada masalah. Tapi sistem kita sendiri telah memilih Barisan Nasional muncul parti yang bilangan kerusi nya lebih daripada pembangkang,” kata Najib.

Tambah Najib, untuk itu, belia hari ini perlu menilai semua sumber berita yang disebarkan melalui internet mahupun media baru dengan lebih bijak.

“Kita kena berfikir secara waras. Bukan semua perkara di internet adalah betul. Dan bukan apa yang dikeluarkan media utama propaganda kerajaan,” katanya.

Untuk itu, belia perlu menggunakan akal dan fikiran untuk tentukan apa yang benar dan apa yang tidak seterusya menggesa rakyat dan belia supaya tidak menilai kerajaan melalui kepalsuan.

“Mereka (pembangkang) kata kerajaan tipu dalam (Pilihan Raya Umum). Tunjukkan kepada saya mana Bangla yang jadi sebagai pengundi. Buktikan siapa Bangla yang datang mengundi.

“Sampai sekarang ni tak ada. Kata 40 ribu turun di lapangan terbang. Tunjuk kapal terbang. Mana? Pas imegresen. Kalau kebetulan pengundi itu gelap mereka kata mat Bangla,” kata Najib dengan disambut tertawa oleh pengunjung.

Setakat ini kata Najib beliau belum menerima sebarang aduan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, jika aduan bersifatkan dasar kerajaan yang tidak kena, beliau masih boleh menerimanya namun bukan kepalsuan.

“Kita belum ada komplen lagi. Ada gambar Bangla tengah undi. Kata kita beri kad pengenalan palsu kepada mereka. Ini kepalsuan yang saya cakapkan,” katanya.

abnxcess



NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

4 ulasan:

  1. Tanpa Nama27/5/13 7:53 PG

    Pm ni bercakap macam orang kurang cerdik...dh bengong

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama27/5/13 7:56 PG

    PM ni cakap macam orang kurang cerdik...dh bengong

    BalasPadam
  3. Najib suruh tanya Imigresen tentang bangla? Jangan buat lawak bodoh Jibberish..rekod kemasukan Altantuya siapa yang suruh padamkan? Kalau rekod keluarmasuk Altantuya pun boleh dipadamkan, inikan pula Bangla yang masuk semenanjung untuk mengundi UMNOBN! Penipu ni selalunya terlepas cakap dan tak sedar dengan apa yang dia cakap!

    BalasPadam
  4. just one day
    just one chance..just once
    the rakyat will,God willing will vote be end out~

    the day will come~

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...