Jumaat, Mei 03, 2013

KERAJAAN SELANGOR ISYTIHAR CUTI UMUM ISNIN 6 MEI 2013


Kerajaan Selangor mengumumkan hari Isnin 6 Mei sebagai hari pelepasan am bagi memudahkan semua rakyat Selangor mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan pada hari Ahad ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ia bagi memudahkan rakyat Selangor melaksanakan tanggungjawab untuk mengundi dan merealisasikan Negeri Selangor sebagai Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan.

"Pemberian hari pelepasan am ini selaras dengan Akta Hari Pelepasan 1951, perenggan 9 yang menyatakan bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh menetapkan satu hari sebagai hari pelepasan am," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kerajaan Selangor berharap hari pelepasan Am ini digunakan sebaik mungkin untuk pulang mengundi di tempat masing-masing dan tidak perlu tergesa-gesa untuk kembali bekerja.

"Kita mendoakan para pengundi dan rakyat Selangor pulang dengan selamat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

"Kerajaan Selangor terus komited untuk memastikan sebuah pentadbiran yang telus, bertanggungjawab serta bersih diteruskan di negeri ini dengan sokongan padu rakyat Selangor.

"Undi anda semua akan menentukan nasib generasi akan datang. Undilah dengan bijak," kata Abdul Khalid.

MK

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

6 ulasan:

  1. Tanpa Nama4/5/13 12:24 PG

    Alhamdullillah !!!

    May 6 , Perdana Menteri baru istihar Cuti Umum kepada Rakyat Malaysia.....

    Tahniah Pakatan Rakyat , Tahniah Rakyat !!!!

    Tanpa Hantu Hantu , Rakyat Maju......

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama4/5/13 12:31 PG

    Dalam mimpi bole la

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama4/5/13 12:39 PG

    Sssaaseeessssaaaya dedddddddengan innnnni uuummuumm kkkkkan hhhari ssssesesenin ccuuti tetteteteruus dddariiii jjjjadddi mmmmmmmmbbb

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama4/5/13 9:26 PG

      Awak poyoss!! adakah anda se'brilliant' mcm beliau?? anda kosong! kosong!

      Padam
  4. Tq kerajaan selangor semoga pru 13 pakatan rakyat menang lagi BESAR..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...