Sabtu, Mei 11, 2013

KITA PAKAT TENGOK APA JADI DENGAN KES DAKWAT KEKAL NI

DEY MACHA!!!
KITA PAKAT TUNGGU DAN LIHAT
APA AKAN JADI DENGAN KES DAKWAT KEKAL NI
ADAKAH SPR AKAN DIDAPATI BERSALAH MENIPU
ATAU RAKYAT YANG KENA HUKUM 
PASAI BASUH JARI GUNA SABUN
ATAU KES NI AKAN SENYAP MACAM TU SAJA
KAH! KAH! KAH!


Dakwat kekal: Jabatan Peguam Negara terima lebih 100 aduan

6 Mei 2013
PUTRAJAYA - Jabatan Peguam Negara menerima lebih 100 aduan berhubung penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum ke-13, kata Ketua Bahagian Pendakwaan jabatan itu Abdul Wahab Mohamed hari ini.

Beliau berkata Jabatan Peguam Negara telah menyerahkan aduan berkenaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk siasatan lanjut.

"Aduan pertama ialah berhubung kesan dakwat kekal yang luntur diterima dari Port Dickson, Negeri Sembilan pada 30 April lepas," katanya pada sidang berita di sini.

Menurut beliau lima lelaki akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret masing-masing di Klang, Kangar, Perlis, Kampar, Perak, Kuala Terengganu dan Petaling Jaya, esok berkaitan kesalahan pilihan raya.

Mereka akan didakwa terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap mangsa dan melakukan khianat.

Dari 3 Mei hingga hari ini, jumlah kes berkaitan pilihan raya yang diarahkan untuk siasatan lanjut ialah 665 sementara 181 kes tiada tindakan lanjut, katanya. - Bernama


SH

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?


19 ulasan:

  1. Tanpa Nama6/5/13 9:44 PTG

    Confirm senyap je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua org dia blaka....mesti lantik dr konco2 dia.

      Padam
    2. biaqpila....buatstatmwnt Buat siasatanDiraja..

      Padam
  2. Smlm aku buat report polis kerana dakwat dijari selepas mencuci periuk nasi dirumah dakwat kat jari aku tanggal. Aku disiasat oleh polis. Siasatan polis begini.
    Polis: Berapa banyak pingan yg awak cuci.
    Jawapan Sy: Hanya periuk nasi sahaja kerana saya nak memasak nasi (macamlah aku ni kerja pencuci pinggan kotor direstaurant.
    Polis: Awak mengunakan bahan cuci jenis apa?
    Jawapan Sy: GLO
    Polis: Untuk pengetahuan awak GLO dan Axion mengandungi bahan acid kuat yang boleh melunturkan dakwat kekal.
    Jawapan sy: Senyap tapi kerana takut diherdik polis tersebut kerana aku ni pompuan tapi dlm hati berkata "la kata dakwat kekal takkan sebuk pencuci pun boleh menanggalkannya. Lagi pun sebelum mengundi tiada arahan kepada sesiapa yg telah mengundi dilarang membasuh pinggan menggunakan bahan cuci GLO atau AXION"...
    Cuma aku nak tanya salinan report polis aku ni nak bagi kat sapa???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanya Rafizi Ramli..Dsai arahkan dia buatsiasatan.

      Padam
    2. Makrifatullah, berhujahlah secara meyakinkan. Isunya dakwat yang dikatakan kekal hampir seminggu tu kenapa boleh hilang dalam beberapa jam sahaja. Kita dah keluar belanja besar, apa faedahnya kalau ini yang terjadi. Kita manusia biasa memang melakukan kesilapan, jadi apa salahnya mengaku kalau memang ada kesilapan.

      Padam
  3. salinan tu kasi lekat kat kepala najib...bagi najib tahu yang rakyat da muak dgn dakyah dia..spr pon da kencing blari skrg nie...hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada fakta yang berasas dalam komen ini, tapi bahasanya terlampau kasar

      Padam
  4. Memang idea Ambiga ni yg disokong oleh peserta2 Bersih 2.0 ni boleh masuk tong sampah daa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba baca balik apa yang ditulis di atas. Kalau idea Ambiga ini memang tak boleh pakai kenapa berbelanja bukan sedikit untuk beli dakwat yang tidak ikut spesifikasi. Ambiga suruh beli dakwat macam ini ke?

      Padam
  5. Aku nasihatkan simpan aje lah. Kalau ada masa luang kita pakat baca kuat kuat .Buat macam selawat.Satu salinan letak bawah tilam agar anak cucu dapat baca nanti. Tapi adakah anak cucu kita boleh berbahasa yang kita guna sekarang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak cucu kita esok-esok akan cekap berbahasa bangla+myammar+indon+paki+pinoy sebab semua pon dah jadi warganegara..maklumlaa 1mesia..

      Padam
  6. Duit rakyat hilang berjuta2...beli dakwat pen maker jerk...

    BalasPadam
  7. Sebelum DS Anwar..sampaikan ucapan Hari RABU 8 Mei 2013...apa kata...kita PAKAT angkat SUMPAH..macam SAIFOOOL..Bahawasenya KAMI.dgn ini BERSUMPAH : DAKWAT kekal SPR..adalah TAK KEKAL...pasal bagi BN UMNO..asalkan berSUMPAH...mesti BETUL punya...

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama7/5/13 3:02 PG

    Muka setan dengan muka mayat hidup sama saja , contohnya tengok aje muka mamat dakwat hitam tu.

    Kesian dia , tak de sapa nak tolongnya dalam kubur nanti.

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama7/5/13 3:04 PG

    udah kalah xnk berundur,.kata kat selangor paling ramai pengundi hantu.harap pakatan rakyat tunjuk ketelusan,dan bubarkan dun dlm masa 6 bulan,jgn jadi tong kosong,tp saya bersumpah macam anak muslim,yg pemimpi pakatan xde telur dan gila kuasa,.oleh itu dia xkan berani bubar dun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak bubar dewan mesti ada sebab yang sah dan memepati kehendak perundangan. Takkan tiba-tiba nak bubar dewan sebab dengar hujah saudara di Selangor banyak pengundi hantu. Sapa yang bawa pengundi hantu. Kalau ada pun takkan mereka ini mengundi pr? Tak lojik. Tak munasabah.

      Padam
  10. Tanpa Nama11/5/13 2:22 PG

    Dakwat kekal akan hilang sepertimana si Setan akan hilang bila matahari terbit.

    Sekejap ada , sekejap tak ada...

    Gambarnya saja bukti muka Setan bah!

    BalasPadam
  11. hassan,
    Apa relevannya pun kalau ia kekal sampai seminggu, SPR patut cakap ianya mungkin kekal dalam 7 jam ke 17 jam , habis tu kalau luntur dalam masa 1 hari, adakah kita boleh pergi mengundi balik? dakwat tu pun luntur juga kat jari aku, kecualilah kalau ditatu dakwat tu dalam kulit, 5 tahun lagi pun ada, haram pula hukumnya.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...