Khamis, Mei 23, 2013

Mana laporan ‘rundingan’ Umno dengan penceroboh Lahad Datu?



KUALA LUMPUR 22 MEI: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoal tindakan kerajaan yang masih tidak mendedahkan hasil rundingan kerajaan dengan penceroboh Sulu.

Katanya, antara isu yang menyelubungi insiden pencerobohan Lahad Datu, Sabah Februari lalu ialah permintaan kumpulan bersenjata Sulu yang mahu bertemu seseorang yang berpangkat ‘VIP’ kerajaan Malaysia.

“Siapa personaliti VIP yang dikatakan Sultan Kiram yang ingin ditemuinya? Apa yang cuba dilindungi pimpinan Umno BN sehingga mereka enggan mendedahkannya?
“Bagaimana orang yang terlibat dengan pencerobohan merupakan seorang yang pernah menjadi ADO (Pembantu Pegawai Daerah) di Kudat? Ini persoalan yang mereka gagal jawab,” kata Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil kepada Keadilan Daily.

Laporan portal berita dan media sosial facebook beberapa bulan lalu memaparkan gambar pertemuan antara ketua penceroboh Lahad Datu, Agbimuddin Kiram dengan pemimpin Umno.

Antaranya bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Aziz Shamsuddin, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.
KEADILAN sebelum ini mendedahkan, Agbimuddin pernah berkhidmat sebagai Pembantu Pegawai Daerah di Kudat berdasarkan dokumen gaji 1975 kerajaan Sabah yang diperolehi dari arkib negeri.

Justeru kata Shamsul, tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu tidak akan didedahkan hanyalah wayang untuk mencipta persepsi buruk terhadap Pakatan Rakyat.

“Ini hanya tindakan yang didorong kepentingan Umno BN sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Sejak insiden pencerobohan di Lahad Datu, BN menjadikan isu ini untuk kepentingan mereka.

“Pakatan Rakyat konsisten. Pendirian kami bahawa isu Lahad Datu ini adalah isu keselamatan dan ia perlu ditangani secara tegas,” kata Shamsul.
Tambahnya, nama tiga pemimpin pembangkang yang cuba dikaitkan dengan insiden tersebut bertujuan mengurangkan tumpuan terhadap kelemahan pentadbiran kerajaan Umno BN.

“Jangan kembalikan demokrasi di negara kita kepada era Mahathir yang memperkuda aparat kerajaan untuk menekan rakyat,” kata Shamsul.

KD

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

3 ulasan:

  1. AMK keadilan? adoiii. ko sape nak tahu berunding ke dak. aku nak tanya lagi AMK ni sape? sape dia nak tahu semua benda ni?sbg kasta bawahan dlm PKR yg diterajui Anwar, seharusnya AMK harus berubah seperti saranan Saudara Azmin.Demi mengekalkan PKR dlm politik negara, AMK sekarang harus berubah dahulu.

    PKR GOMBAK

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama31/5/13 6:36 PG

      masih berpikiran monarki dan ortodoks la engkau ni. berol ke ahli PKR ni

      Padam
  2. Perbaiki lg teknik superimpose gmbr tu. Bandingkan dgn spender stopa. Lu pikiaq la sndri.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...