Jumaat, Mei 24, 2013

TAMRIN,TIAN CHUA,HARIS DIBEBASKAN




Ahli Parlimen Batu Tian Chua, bersama dengan Haris Ibrahim dari ABU (Asalkan Bukan Umno) dan ahli PAS, Tamrin Ghafar akan dibebaskan selepas permohonan reman oleh pihak polis ditolak oleh majistret hari ini.

Perkara ini didedahkan oleh peguam Ashok Kandiah, yang berkata, ketiga-tiga mereka dalam proses untuk dibebaskan dari balai polis Jinjang, tempat mereka ditahan sejak ditangkap semalam.

Ketiga-tiga mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berikutan penyertaan mereka dalam forum pasca pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 13 Mei.

Mereka ditahan oleh pihak berkuasa di pelbagai tempat petang semalam dan polis kini perlu membuat permohonan baru untuk reman jika ingin terus menahan mereka.


MK

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

2 ulasan:

  1. Tanpa Nama25/5/13 1:46 PG

    mat tamrin?haris?kecewa jawatan tak dapat ...dua2 kaki pub mat botol. Tian chua dah tentu kapiaq..membotol usah citer aih.kui kui

    BalasPadam
  2. Pencacai umno dan puak2 umno mabuk tuak...warisi cara hidup kapiaq british..puak munafik laknatullah.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...