Selasa, Mei 07, 2013

TSUNAMI CINA: CUKUPLAH NAJIB,JANGAN DOK MERABAN




Kenyataan tsunami Cina tidak bertanggungjawab - Tamrin

KUALA LUMPUR: Bekas Exco Pemuda Umno, Tamrin Tun Ghafar (gambar) menyifatkan menggunakan istilah 'Chinese Tsunami' atau 'Tsunami Cina' adalah satu kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab terhadap masyarakat Cina oleh Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mengingatkan, kemenangan Umno/BN bukan sahaja dari sokongan orang-orang Melayu semata-mata ia juga disokong oleh ramai juga pengundi-pengundi kaum Cina dan India.

Malangnya bagi BN, berbeza dengan majoriti pengundi-pengundi Melayu dan lain lain, majoriti pengundi-pengundi Cina menolak Umno/BN BUKANNYA bererti mereka membenci Melayu tetapi merka benci kepada penyelewengan kuasa, rasuah, mengkayakan segelintir kroni dan amalan nepotisma, katanya.

Katanya, walaupun berjaya tetapi nampaknya pemimpin-pemimpin Umno masih lagi meniup api perkauman dengan meluahkan perasaan kebencian yang menebal di dada terhadap masyarakat Cina seperti yang di lakukan semasa kempen pilihanraya.

"Sepatutnya pemimpin-pemimpin Umno menerima keputusan kemenangan itu dengan hati terbuka dan BUKANNYA mengeluarkan kenyataan kesat yang terus menyingung perasaan seolah-olah masyarakat Cina adalah 'bangsat' yang tidak tahu membalas budi,"tegasnya.

Bagaimana Umno/BN hendak melaksanakan 'National Reconciliation' terutama apabila MCA mengambil penderian menolak sebarang lantikan kabinet, exco, dan lain lain ekoran kekalahan teruk mereka, jika pemimpin UMNO TIDAK menghormati perasaan mereka, soalnya.

"Jika inilah sentimen Najib terhadap masyarakat Cina, maka terjawablah konsep 1 Malaysia yang diwar-warkan adalah retorik semata-mata," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta hormatilah perasaan mereka jika mahu mereka kembali menghormati dan menyakini Umno/BN.

Sampai bila Umno hendak meneruskan politik perkauman ini. Berfikir dan bertindaklah secara matang dan siuman. CUKUPLAH!!!, tegas beliau.

Bagi beliau, yang menang tak menang semua dan yang kalah pun tak hilang semua.

sumber


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

7 ulasan:

  1. Tanpa Nama7/5/13 10:36 PG

    aku x percaya melayu masih sokong umno lagi. 5 tahun PR dah bongkar mcm2 penipuan umno. dari lembu sampailah ke cincin. pelik sungguh PR boleh kalah gak. tapi aku percaya mmg wujud penipuan oleh SPR. Aku terbaca penulisan berikut:

    Tolong Be REALISTIC!Mmg PR X Akan Menang PRU13 Kali NI.Sebab...

    Oleh: MSK
    Dalam PRU 1999, orang Melayu lari meninggalkan Umno dan BN kerana kes Anwar. Terengganu terlepas ketangan PAS manakala Kelantan terus kukuh. Di Kedah, majoriti 2/3 dapat dihapuskan…tapi UBN masih dapat mengekalkan Putrajaya kerana undi orang Cina dan India. Cina, India dan SPR menjadi talian hayat kepada Umno.

    Selepas 1999, Umno tak percaya kat Melayu. Melayu tak boleh diharap…dan untuk mengekalkan kuasa, maka UBN menggunakan SPR untuk mengubah sempadan pilihanraya. Sempadan pilihanraya dimanipulasi dengan memastikan dalam setiap kawasan Parlimen atau DUN, mesti ada peratus-peratus tertentu undi Cina dan India.
    PRU 2004..Umno dan BN menang besar. Tapi masa tu mungkin kerana faktor Pak Lah. Lagi pun Mahathir yang dibenci oleh orang Melayu dah berundur.

    Nasib Pak Lah tak baik sebab isteri tersayang meninggal dunia..dan bila dapat bini baru..selalu la kerja overtime.

    Akibatnya, Pak Lah selalu tertidur dalam waktu kerja.
    Bila tiba PRU 2008, keadaan menjadi terbalik. Orang Cina dan India yang dianggap fixed-deposit bagi BN sudah berubah angin.

    Akibatnya, BN kehilangan lima negeri. Satu negeri berjaya dirampas balik dengan tipu helah.

    Tapi sekarang tak sama macam 1999. Lepas tahun 1999, Bn masih boleh mengubah sempadan pilihanraya dan menambah kerusi kerana depa masih lagi menguasai 2/3 Parlimen. Sekarang tak boleh! Undi Cina dan India pun sudah tidak boleh diharap.

    Hanya satu talian hayat yang tinggal yang boleh digunakan oleh Umno dan BN iaitu SPR.

    Selepas PRU 2008, SPr duduk termenung memikirkan apa nak buat untuk memastikan UBN terus berkuasa. Sapa yang fikir SPR adalah badan bebas untuk mengendalikan pilihanraya…mereka tergolong dalam kalangan orang-orang yang *******. SPR diwujudkan untuk memastikan BN terus berkuasa.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama7/5/13 10:37 PG

    Nak tambah kerusi tak boleh. Nak ubah sempadan tak boleh. Tapi ada satu perkara yang boleh dibuat oleh SPR iaitu “Belah bahagi kawasan”.

    Benda ini dibuat sejak Jun 2009. Kalau dulu pengundi dipindahkan..sekarang lokaliti dipindahkan. Contohnya, kalau dulu lokaliti Taman Anggerik termasuk dalam Parlimen Kuala Kangsar, sekarang Taman Anggerik sudah berada dalam Parlimen Padang Rengas.

    SPR tak pindah pengundi..tapi bila lokaliti dipindahkan, maka secara otomatik pengundi-pengundi “terpindah”. oleh kerana lokaliti yang dipindahkan, maka pertambahan dan pengurangan pengundi tidak dimaklumkan dalam Daftar Pemilih Tambahan.

    Akibatnya, ramai la orang parti yang tak tau. Tup-tup..bila ada Pilihanraya Kecil..baru terpinga-pinga, “macam mana 14,000 pengundi sudah dipindahkan?”. Masa tu tak payah cakap dah..sebab bila tiba pilihanraya, apa yang SPR cakap adalah wahyu. Tak boleh dipertikaikan. Nak bising…bawa ke mahkamah. Tapi nak buat apa? pilihanraya dah habih.

    Sapa yang nak pantau apa yang SPR buat? Nak harap parti-parti politik..aku tak harap. Dulu Khalid Ibrahim pernah mengumumkan peruntukan sejuta ringgit untuk memantau SPR. apa yang dibuat dengan duit tu aku tak tau la…tapi bila nama Khalid Ibrahim sendiri kena pindah..baru ada akai!!

    SPR kata, apa yang depa buat ialah untuk menyelaraskan peta SPR dengan peta rasmi negara. Hei..SPR boleh bagi macam-macam jawapan. SPR juga kata “…menteri besar Selangor telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat.”
    Nak terima atau tidak jawapan SPR tu? Kalau tak mau terima..nak buat apa?

    Aku boleh terima la jawapan SPR tu sebab masa SPR buat belah bahagi kawasan dulu pun hangpa buat tak tau. Aku cakap pun bukan hangpa nak dengaq.

    Macam mana dengan kes yang ini pulak? Ini cuma satu contoh.
    Dalam PRU 2008, seramai 308 pengundi pos yang terdiri dari anggota polis dari IPD Teluk Intan mengundi dalam DUN Pasir Bedamar…manakala hanya 4 anggota polis yang mengundi secara pos dalam DUN Changkat Jong.

    Dalam PRU tersebut, DUN Pasir Bedamar dimenangi oleh DAP dengan majoriti 7914 undi..manakala DUN Changkat Jong dimenangi oleh PAS dengan majoriti 899 undi.

    Kalau hangpa jadi orang Umno..apa yang hangpa nak suruh SPR buat?
    DUN Pasir Bedamar tu mampuih pi la. Susah nak dapat balik. Tapi..daripada membazirkan undi di Pasir Bedamar..mengapa tidak dipindahkan pengundi yang dah gerenti mengundi BN ke Changkat Jong? BN hanya perlukan 450 undi baru untuk mengalahkan PAS!!

    Tapi kalau dipindahkan terus macam tu saja..nanti orang Pas tau pulak!! Jadi kena buat diam-diam. Dan yang paling selamat dipindahkan ilah undi Pos.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama7/5/13 10:38 PG

    Langkah pertama ialah dengan menukarkan nombor kad pengenalan polis. Pasai apa ditukar..yang tu toksah risau..jawapan boleh dicipta.

    Pada akhir 2009, nombor-nombor anggota polis sudah siap ditukar didalam daftar pemilih. Masa tu orang tak perasan..sebab sapa yang nak check satu persatu?

    Masuk tahun 2010, pengundi pos yang terdiri dari anggota polis IPD Teluk intan ini ditukar ke DUN Changkat Jong. Tiba-tiba saja DUN Changkat jong mendapat 107 pengundi pos yang baru. Mai dari mana? Bukan ada balai polis baru!

    Check punya check..tengok-tengok anggota polis kat IPD Teluk Intan ditukarkan dari DUN Pasir Bedamar ke DUN Changkat Jong. Yang ni SPR nak cakap apa?

    Apakah sebahagian daripada IPD Teluk Intan sudah dipindahkan ke Sungai Kerawai dalam DUN Changkat Jong? Tak pelik ka…satu balai..tapi anggotanya mengundi di dua DUN yang berbeza?
    Kat bawah ni cuma sebahagian saja. Kalau nak senarai penuh..aku boleh bagi.



    Ini sikit saja..banyak lagi yang kita tak tau. Berapa ramai pengundi Pasir Bedamar yang telah dipindahkan ke Changkat Jong? Tu pasai aku masukkan DUN Changkat Jong sebagai salah satu DUN yang dimenangi oleh PR akan tumbang. Bukan pasai PAs tak bagus..tapi SPR punya kerja.

    Tu baru pindah pengundi pos. Macam mana pulak dengan pengundi baru? Berapa ramai pengundi baru di Perak?

    Jangan terkejut nanti kalau pertambahan pengundi baru di Perak ini lain macam. Kalau tengok gerakkerja, setiap majlis DAP depa akan buka kaunter pendaftaran pengundi baru. Tapi bila tengok statistik..kawasan DAP la yang paling kurang pertambahan pengundi baru di Perak.



    Macam mana boleh jadi macam ni?

    Tapi tengok pulak yang dibawah ni.



    SPr dah buat tak tau kat kawasan DAP sebab depa dah tak harap BN boleh menang. Apa yang depa boleh harap, ialah dengan memenangi kawasan-kawasan PKR dan PAS. Kawasan sedia ada diperkuatkan, manakala kawasan Pas dan PKR dikucarkacirkan.


    Apa yang kita nampak dalam statistik diatas hanyalah pertambahan pengundi secara keseluruhan. (jumlah sekarang tolak jumlah dulu). Tapi kalau dikaji dengan teliti lagi, baru kita boleh tau berapa jumlah yang pindah masu dan pengundi baru…dan berapa pula yang pindah keluar atau mati. Ambik contoh..di Simpang Pulai, jumlah pertambahan ialah 12.2% ataupun 4620 pengundi. Tapi berapa yang dipindah keluar dan berapa yang dipindah masuk?

    Lagi detail kita kaji..lagi banyak manipulasi SPR yang kita boleh bongkar. Kita akan tau macam mana kampung ini dipindah masuk DUN sana. Taman ini boleh dipindah masuk Parlimen sana.

    Kita mungkin ingat pengundi-pengundi kita masih sama sebab tengok jumlah pengundi masih 500 dalam satu UPU itu…tapi kita tak tau ada kemungkinan 500 yang dulu dikeluarkan dan 500 pengundi yang baru dimasukkan.

    Hangpa pi tanya depa yang teringin sangat nak jadi calon tu. Ada Daftar Pemilih terbaru tak?

    Aku yakin..ada tempat yang masih pakai Daftar Pemilih 2008. Kalau ada yang terbaru pun..ada dalam laci Ketua Cabang..
    Kalau nak tumbangkan Umno..kena tumbangkan SPR dulu. Tapi sapa nak buat kerja ni?

    Kalau takat AJK Cabang..aku tak harap. Pegang mouse pun ngetor.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama7/5/13 10:39 PG

    nampak gayanya umno sedang seronok mainkan isu perkauman memandangkan mmg SPR dgn sengaja menambah bilangan pengundi baru di kerusi di kawasan melayu. so bila umno "menang" dgn mejoriti kawasan melayu (guna undi hantu). maka perangkap umno sudah mengena dan 5 tahun akan datang umno dgn SENANG HATI akan tipu api perkauman di kalangan melayu yg buta ilmu politik. so mcm mana nak mengatasi masalah ni. umno cuma menunggu percikan api saja utk mencipta 13 mei. senang saja. pemimpin2 PR kene pandai main politik jugak jgn terikut2 dgn rentak umno. caranya guna isu HUDUD. PR kene mainkan isu HUDUD dimana DAP mesti sokong hudud. so org kampung, pulis, tentera, penjawat awam dan sitaksub melayu akan pening kepala cina DAP sokong hudud??? ni salah satu cadangan aku.

    kalo x. PR akan lingkop selama lamanya. bukan takat cine. melayu pon kalo hari2 kene provok mana tahan. nak mintak koprat2 cina menyerap lebih ramai pekerja melayu pon susah gak, berapa ramai cina yg sanggup berkorban utk menyerap tekanan kempen umno anti cina ni? so org2 politik PR mesti jadi lebih bijak dari umno yg sudah mengupah YAHUDI jadi penasihat.

    lagi satu jgn sebut isu kalimah allah lagi. org kampung dan taksub umno mana tahu hal sebenar dimana warta 1982 jajaan mahadir dan jala adalah PUNCA kenapa kalimah Allah boleh digunakan di dalam mesia. kita kene CARI sendiri di google.

    so bersedialah utk berdepan dgn api perkauman yg umno sedang lancarkan sekarang. lawan umno mesti guna OTAK jgn guna nafsu. TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. analisa yg baik semuga diambil perhatian oleh semua PR. kita dh nampak mulai hari ini isu perkauman akan dimainkan. pemimpin umno akan tidak menunjukkan perkauman, cuba tunjuk baik. tapi gerak kerja mereka di bawah akan hangatkan perkauman.

      lagu 13 Mei akan terus didendangkan. supaya org melayu ditakutkan dgn 13 Mei walaupun melayu memerintah.

      Memang penting PR memberi imej yg jelas dan berkesan utk memecah teori2 jahat umno. DAP juga harus berimej lebih mendekati org melayu dan byk menerima dasar2 Islam.

      Biar dipihak umno menghangatkan api perkauman tp dipihak PR terus menolak dan menafikan fahaman itu.

      Padam
  5. Tanpa Nama7/5/13 11:22 PG

    Nasihat kepada MB Kedah.
    Utamakan perpaduan Melayu.
    Eratkan persaudaraan antara Melayu, Siam, India dan Cina.
    Diharap semua ADUN tidak kira UMNO dan PAS, marilah bekerjasama memajukan Kedah.
    Yang penting "Buang yang keruh, ambil yang jernih".
    MB Kedah sekarang sudah ditakdirkan di Loh Mahfuz. Kita semua wajib redha dan mentaati pemerintah.

    Takbir..
    ALLAH HUAKBAR.
    ALHAMDULILLAH.

    aaaminnnnnn.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...