Seramai 15 peserta 'flashmob' termasuk seorang wanita dan kanak-kanak ditahan sewaktu mengadakan 'flashmob' di hadapan gedung membeli-belah Sogo sekitar jam 2.50 petang tadi.
Mereka ditahan sewaktu mengadakan acara tersebut menjelang himpunan Black 505 di Padang Merbok pada 22 Jun ini.
Di antara yang terawal ditahan adalah Pengarah Propaganda NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan
Menurut seorang pegawai polis memaklumkan bahawa mereka di bawa ke ke Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, dengan kenderaan Black Maria untuk tindakan lanjut.
Selepas kenderaan itu beredar, aktivis pelajar Ekhsan Bukharee dan seorang peserta lagi kemudiannya ditahan selepas membuat pengumuman supaya orang ramai berhimpun di depan balai Dang Wangi sebagai tanda solidariti kepada peserta yang ditangkap.
Mereka dibawa IPD Dang Wangi dengan berjalan dalam keadaan bergari dan diiring dua anggota polis.
Penahanan tersebut berlaku selepas kira-kira 30 peserta 'flashmob' berkenaan menyeru orang ramai supaya turun ke himpunan membantah dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum lalu.
Mereka berdiri di hadapan gedung Sogo berhadapan Jalan Tuanku Abdul Rahman selama kira-kira 30 minit bermula sekitar jam 2.15 petang.
Sebahagian daripada mereka memegang plakad bertulisan 'Pengerusi SPR sila letak jawatan' dan 'Mari turun 22 Jun Blackout'.
Kira-kira 30 orang termasuk petugas media kini berada di hadapan ibu pejabat polis ini untuk mengetahui perkembangan lanjut mereka yang ditahan.
Aktivis mahasiswa, Adam Adli adalah antara yang menunggu di hadapan balai ketika ini.
Seorang peguam, New Sin Yew yang tiba di pintu masuk IPD Dang Wangi itu untuk menemui mereka yang ditahan polis.
Anggota polis yang berkawal di pintu masuk tidak membenarkan New masuk atas alasan beliau perlu menunggu arahan pegawai atasan sebelum dibenarkan berbuat demikian.
"Saya kenal Eddy secara peribadi dan saya di sini untuk menemui beliau," katanya.
Beliau kemudiannya dibenarkan masuk selepas bertegas mahu membuat laporan kerana dihalang mewakili mereka yang ditahan.
Sementara itu, Bernama melaporkan lima belas individu termasuk kanak-kanak lelaki 10 tahun ditahan selepas ingkar arahan bersurai dalam perhimpunan di hadapan pusat membeli belah di Jalan Tunku Abdul Rahman di ibu negara hari ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) berkata 13 lelaki, seorang wanita dan kanak-kanak itu ditahan dalam perhimpunan bermula pukul 2 petang.
"Kita tahan mereka kerana tidak mahu bersurai bila diarahkan dan membuat gangguan awam di hadapan pusat membeli belah itu. Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman," katanya.
Difahamkan, perhimpunan tersebut diadakan bagi menggesa orang ramai menyertai satu lagi perhimpunan di Padang Merbok, di sini 22 Jun depan untuk membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
MK
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Di antara yang terawal ditahan adalah Pengarah Propaganda NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan..
BalasPadamkahkahkah. Pengarah "Propoganda'. Apa makna propoganda tu ek?
Propaganda merupakan mesej-mesej bersepadu yang bertujuan mempengaruhi pendapat atau kelakuan orang ramai. Berbanding dengan menyalurkan maklumat tanpa berat sebelah, propaganda dalam erti kata paling asasnya menyediakan maklumat dengan tujuan mempengaruhi masyarakat. Propaganda sering memilih fakta-fakta dengan teliti (iaitu menipu melalui penyingkiran) untuk menggalakkan sintesis yang tertentu, ataupun menokok tambah agar menimbulkan maklum balas yang lebih beremosi daripada rasional kepada maklumat yang diberi. Hasil yang diingini ialah perubahan dalam penceritaan kognitif mengenai subjek oleh kumpulan sasaran untuk melanjutkan agenda politik.
Propaganda ialah cubaan sengaja yang sistematik untuk membentuk persepsi, memanipulasi kognisi, dan mengarahkan kelakuan agar mencapai maklum balas yang melanjutkan tujuan yang diingini penyebarnya.
—Garth S. Jowett and Victoria O'Donnell, Propaganda and Persuasion.
Keturunan penipu rupanya diaorg ni.ces..kahkah
cer check mak bapak pengarah propganda yg kena tangkap tu. check tarikh nikah..makbapak dia ka..kes2 sblm nikah ka.kalau tak takkan jadi anak dia macam tu.kahkahkah
hello macai bila da mau habis?
BalasPadambetul la. SAMM ni macai DAP. bila mau abis da. org lain sekarang bizi kerja..diaorg bz berhimpun mcm monyet da..
BalasPadamSYARIKAT SAMM ENTERPRISE MENGIKLANKAN JAWATAN KOSONG TETAP DAN BERPENCEN GAJI MINIMA RM900 - PEKERJAAN ANGKAT SEPANDUK DITEPI JALAN YANG SIBUK KELULUSAN DPLOMA/DGREE
BalasPadamPropaganda = information, ideas, opinions or images, often only giving one part of an argument, which are broadcast, published or in some other way spread with the intention of influencing people's opinions (mainly disapproving)
BalasPadam- Cambridge Advance Learner Third Edition -
X de pun sebut mesti menipu...
"propaganda in its original sense was neutral, and could refer to uses that were generally benign or innocuous, such as public health recommendations, signs encouraging citizens to participate in a census or election, or messages encouraging persons to report crimes to law enforcement, among others"
- wikipedia -
pastu, betul la...memang disapproving UMNO pun...da terang-terang SAMM tu against UMNO, diasas dan diketuai oleh Chegu Bard...ketua propaganda mesti la kena buat orang percaya kat ideologi pertubuhan...klu tipu saman je la...BODOH!!!