Isnin, Jun 10, 2013

AYAH HAJI PUN DAH BOSAN DENGAN FAM




FAM oh FAM


Kebelakangan ini isu bola sepak negara terutamanya yang membabitkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjadi tumpuan dan perbualan hangat para peminat sukan tanahair.

Dari yang muda sehinggalah yang dewasa maupun tua semuanya membincangkan isu yang sama.

Sehingga saya sering disapa oleh seorang Ayah Haji yang usianya menghampiri 80 tahun tetapi begitu peka dengan permasalahan sukan Negara terutamanya bola sepak.

Antara persoalan yang kerap ditanya Ayah Haji ini ialah “bilakah pemimpin – pemimpin di FAM nak lepaskan jawatan?”. Saya sekadar tersenyum dan rasa bersalah kerana sehingga kini kerana saya tidak mempunyai jawapan paling tepat atau paling jujur kepada soalan itu.

FAM dibawah kepimpinan Kebawah DYMM Sultan Pahang sejak 1980an kini berdepan ujian paling getir selepas kes rasuah bola sepak yang melanda Negara pada 1994 – 95 dulu. Ketika itu kita kehilangan hampir 150 orang pemain berkaliber akibat penggantungan kerana terbabit dengan rasuah sehingga menyebabkan bola sepak kita dan pasukan kebangsaan lumpuh.

Yang mutakkhir menjadi perbincangan adalah mengenai kepimpinan DYMM Sultan Pahang sekalu Presiden badan induk bola sepak Negara. DYMM Tuanku sehingga kini masih berahsia mengenai pengganti Datuk Azuddin Ahmad yang bakal mengendalikan sekretariat AFF.

Belumpun kesulitan itu diatasi, timbul pula permasalahan yang disuarakan oleh beberapa tokoh yang hakikatnya mahu melihat satu transformasi dilakukan dalam tempoh terdekat ini.

Sebelum ini terdapat 2 tokoh yang begitu lantang bersuara meminta pembaharuan, namun mereka dihukum oleh Jawatankuasa Disiplin FAM.

Siapa yang tidak mengenali Datuk Seri Shahidan Kassim Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis dan Tan Sri Annuar Musa Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan.

Ironinya kedua – dua mereka baru – baru ini telah berjaya memenangi kerusi Parlimen masing – masing pada PRU ke 13 lalu. Tahniah kedua - duanya dengan YB Datuk Seri Shahidan terpilih ke dalam barisan kabinet baru manakala Tan Sri Annuar yang pernah berada di dalam kabinet Negara diharap tidak kecewa dan bolehlah memberi lebih banyak perhatian kepada kawasannya dan juga kepada KAFA selaku ‘Penasihat’.

Nyata kelantangan Tok Dan dan Tan Sri Annuar belum mampu menggegarkan Wisma FAM sehinggalah sedikit jentikkan dari Menteri Belia dan Sukan yang baru YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar disusuli ngauman Harimau Selatan, dari DYAM Tunku Mahkota Johor.

Kemuncaknya adalah ketika perlawanan separuh akhir ke 2 Piala FA diantara Pahang dan Johor DT yang tertangguh dan seterusnya dibatalkan akibat kebanjiran penonton diikuti pula dengan keputusan J/Kuasa Pertandingan mendenda PBNP dan PBNJ serta mengarahkan perlawanan ulangan dilangsungkan di gelanggang berkecuali, Std. Nasional Bkt. Jalil.

Perlawanan dah berakhir, keputusan sudah diketahui, JDT akan berentap dengan Kelantan The Red Warriors pada final 29 Jun nanti. ‘All the best’ kepada kedua – duanya.

Namun muncul pelbagai isu – isu berbangkit umpama kanser yang menyebabkan FAM terus dikritik.

Nyata ngauman 2 tokoh muda ini yang mahukan perubahan radikal telah mengoncangkan Wisma FAM kebelakangan ini.

Memang ada kebenarannya pelbagai kenyataan atau kritikan yang memerlukan perhatian sewajarnya oleh pemimpin – pemimpin di Persatuan Bola Sepak Negeri dan badan induk bola sepak negara.

Antara persoalan yang ditimbulkan DYAM TMJ adalah mengenai program pembangunan. Siapa yang benar – benar memantau program pembangunan bola sepak di Malaysia ketika ini?

Memang banyak inisiatif oleh kelab – kelab kecil yang membabitkan pemain – pemain cilik, tetapi ke manakah haluan seterusnya untuk pemain – pemain tersebut selepas itu?

Siapa pula yang memantau progres Harimau Muda di Eropah yang ketika ini sedang menghidangkan lebih banyak cerita duka dengan episod – episod malang yang dilalui? Jelas kali ini perjalanan mereka tidak selancar kunjungan lalu.

Bagaimana dengan perkembangan 2 pemain yang sedang berjuang di Div. 3 Liga J, Wan Zack Haikal dan Mohd Nazirul Naim Che Hashim di FC Ryukuyu? Berkembangkah watak dan permainan mereka atau masih dihantui ‘rindu’ kampung halaman?

Sedarkah kita bahawa Skuad Harimau Muda ‘B’ sedang bertanding di Liga S? Apakah mereka segarang Lions 12 yang beraksi di Liga Super dan mampukah skuad Razip Ismail ini menggapai target 5 teratas?

Tidak cukup dengan itu saya berpendapat Pasukan Kebangsaan pula memilih masa yang kurang sesuai untuk dijangkiti ‘wabak’ apabila memutuskan untuk ke Australia sebagai venue menguji kekuatan.

Ketika entri ini ditulis pasukan Negara tumpas aksi sulung di tangan ‘part timer footballer’ Canberra FC 2 – 3. Sekali lagi nada ‘berpuas hati walaupun tewas’ terus berkumandang. Sudah kerap persoalan ditimbulkan mengenai perjalanan pasukan kebangsaan, namun kerap jugalah ia ditepis oleh Sang Pengendali yang dilaporkan mengetahui keupayaan sebenar pasukan dan anak – anak buahnya.

Begitulah juga bagi saya untuk mencadangkan agar Sang Pengendali berdua harus berundur secara hormat kiranya pasukan Negara gagal mengatasi Bahrain dan Yemen pada pusiangan kelayakan Piala Asia yang bakal bersambung Oktober ini nanti.

Rasanya saya sudah dapat menjangka alasan dari mereka kiranya pulang tanpa sebarang kejayaan ketika menentang pasukan bertaraf kelab ‘amatur’ di Negara Kangaru itu pula nanti.

Akui hakikat kita memerlukan keajaiban untuk mengatasi Bahrain dan Qatar di Kuala Lumpur. Untuk rekod kita tewas 0–2 di Doha Mac lalu tetapi berhempas pulas untuk menewaskan Yemen 2–1.

Cukuplah dengan segala kontravesi yang berlaku kerana kita, peminat – peminat bola sepak tempatan semakin muak dengan cerita duka yang begitu sensai begini.

Saya cuma khuatir permasalahan seperti ini akan mematikan minat generasi muda menceburi sukan bola sepak atau seperti titah DYAM TMJ, sehingga 20 tahun akan datang, bola sepak Malaysia akan kekal begini.

FAM pula harus bersikap terbuka dengan kritikan dan pendapat luar yang nyata sekali mahu melihat bola sepak kita menuju dimensi baru dan tidak terus ditakuk lama. Kajilah secara mendalam keberkesanan Artikel 88 itu.

Kepada penyandang jawatan – jawatan di PB Negeri maupun di FAM juga perlu kembali pro-aktif untuk menyampaikan pandangan dan bukan sekadar ‘yes-man’ sahaja. Jika gentar, afdallah untuk mereka ‘bermufarakah’ (mengundur diri) dari memikul amanah memajukan bola sepak Malaysia.

Dalam pada itu terima kasih kepada semua yang memberi komen di face book Astro Arena namun ‘too-bad’ untuk anda semua kerana saya tidak memiliki akuan fb di mana-mana.

Arrevedeci dan Wasslam

stadiumastro-ZainalAbidinRawop


RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...