Selasa, Jun 25, 2013

LANTIK SPEAKER PUN MENIPU?


Lantik Speaker tidak ikut peraturan – Hanipa



KUALA LUMPUR: Amat malang pelantikanYang Dipertua (Speaker) Dewan Rakyat yang berlangsung hari ini dicemari apabila Setiausaha Dewan telah secara jelas melanggar Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat (standing orders).

“Saya dan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah bangun membuat bantahan kepada Setiausaha Dewan Rakyat kerana proses pengundian pelantikan Speaker telah secara jelas tidak dijalankan melalui undi yang dijamin kerahsiaannya,” ujar Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) kepada Harakahdaily.

Menurutnya, memandangkan terdapat dua calon yang dicalonkan bagi pelantikan speaker Dewan Rakyat maka proses pengundian perlu dilakukan melalui undi bersurat seperti mana yang diperuntukkan di bawah Peraturan 4 (3) dan (4) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat.

Katanya, peraturan 4 (4) memperuntukkan kaedah pengundian yang perlu dilakukan oleh Setiausaha Dewan.

“Apa yang perlu dibuat adalah ahli-ahli parlimen hendaklah diberi sekeping kertas undi dan ahli Parlimen itu bolehlah menulis pada kertas undi itu nama calon yang beliau ingin pilih dan kemudiannya kertas undi itu hendaklah dilipat supaya nama calon itu tidak dilihat oleh orang lain dan hendaklah ditandatangani oleh ahli-ahli Parlimen itu.

“Peraturan 4 (4 ) tersebut adalah jelas,” jelas beliau lagi.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, nama ahli parlimen yang mengundi tidak boleh ada di dalam kertas undi bagi memastikan kerahsiaan undi terjaga.

Malangnya, kata beliau dalam kertas yang undi diberikan kepada para ahli parlimen, nama ahli parlimen juga diminta diisi oleh Setaiausah Dewan dalam kertas undi.

Ini, ujarnya jelas ia bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat dan jelas ia melanggar prinsip kerahsiaan undi.

“Saya dan beberapa ahli Parlimen PR telah bangun membantah tapi nampaknya pelanggaran undang-undang bagi pemilihan Spekaer juga dilanggar seperti SPR melanggar Undang-Undang Pilihanraya dalam isu dakwat kekal,” ujarnya.

HD


RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

8 ulasan:

  1. nak buat mcm mana, kuasa depa yg pegang. hmmmm...

    admin
    bankami.net

    BalasPadam
    Balasan
    1. mcm² hal~
      Free Download Majalah, TV Series, Watch Anime & Movie Online @ ZirahNamia's Blog

      Padam
  2. Tanpa Nama25/6/13 9:44 PG

    pandai pun kau, ini di panggil kuasa kuda laju sikit pada kuasa lembu

    BalasPadam
  3. Bila dah jahat, tindakan pun jahat laaa! Mana ada orang jahat bertindak baik melainkan berpura-pura baik? Celaka punya mala'un politik Malaysia!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul,tepat sekali...sama juga siketua PENIPU tu...depan punya baik pijak semut pun tak mati..bila belakang habis dia sapu...

      Padam
  4. Bila dah baik, tindakan pun baik laaa! Mana ada orang baik bertindak jahat melainkan berpura-pura jahat? Celaka punya mala'un politik Malaysia!!!

    BalasPadam
  5. lantakla tak ikut peraturan ka apa. apa ada hal.yg berhimpun kununnya aman tapi mencetus kacau bilau..suka2 letak khemah...bergolek2 atas jlnraya jadi kambing itam golek..buley je pun. apa ada hal

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama26/6/13 3:54 PG

    Ada harapan lg ke Malaysia ni?

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...