Isnin, Jun 17, 2013

OTAK SEMPIT BETOI


M'kini dilarang hadiri sidang media Ahmad Maslan

Malaysiakini hari ini dilarang daripada menghadiri sidang media Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Persekutuan (KWSP) di Kuala Lumpur.

Walaupun dibenarkan menunggu di bilik lounge bersama pengamal media lain yang sedang menunggu Ahmad, pemberita kemudian dimaklumkan bahawa Malaysiakini tidak dibenarkan menyertai sidang media itu.

Sidang media itu dijadual berlangsung selepas lawatan kerja Ahmad di ibu pejabat KWSP.

Langkah ini bukan kali pertama. Malaysiakini sebelum ini tidak dibenarkan menyertai sebarang acara Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra dan ibu pejabat Umno.

Di ibu pejabat Umno, portal berita ini dilarang memasuki bilik pemantauan pilihan raya pada 5 Mei. Malaysiakini juga pernah dilarang menyertai perayaan ulang tahun Umno di PWTC tidak berapa lama selepas pilihan raya umum.

MK



RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

7 ulasan:

  1. apehal.. kata demokrasi. puii!

    BalasPadam
    Balasan
    1. carlos jantan jantan ok kan boleh la carlos boleh la boleh la demokrasi kan kan kan carlos

      Padam
  2. Apa-apa yang keluar dari mulut Ahmad Maslan adalah perkara bodoh dan bohong. Tapi orang yang bodoh ni rakyat pilih jadi Ahli Parlimen jadi orang Melayu di Johorlah bodoh. Dibiarkan diperbodohkan oleh orang bodoh!!! - Quick Win

    BalasPadam
    Balasan
    1. helooo bro....apsal plak nak babitkan rakyat johor...yang bodoh tu biar la kat si ahmad mazlan sorang .....ko jangan jadi k bodoh plak nak babitkan orang johor...ada otak pikir k...aku pun tak suka gak ngan puak umno ni....tapi kena jaga perasaan orang laaa...

      Padam
    2. Maaf. Maksud khusus Melayu di Johor yg memilih BN / Umno. - QW

      Padam
    3. ok..maaf di terima...cam tu aaa...

      Padam
  3. Sebab apa dia tak kasi malaysiakini hadir sama? ...sebabnya ialah nanti tak dapat cakap bohong pulak...sebab yg hadir semua kaki pembohong belaka termasuk Utusan Meloya, Berita hairan, TV 3suku

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...