DEY MACHA!!!
DRAMA SPR KE NI?
SETELAH DIDESAK LETAK JAWATAN
BARU DIA CAKAP KECEWA
KAH! KAH! KAH!
DIA TAK TAU KA?
RAKYAT LAGI KECEWA
DITIPU HIDUP-HIDUP
KES DAKWAT SOTONG
KAH! KAH! KAH!
KUALA LUMPUR 17 JUN: Setelah berdepan kritikan bertubu-tubi berhubung dakwat tidak kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf akhirnya menyatakan kekecewaannya.
Bercakap dalam satu temubual khas dengan Sinar Harian, bos SPR itu mengakui isu dakwat kekal merupakan perkara yang paling menyedihkan dalam hidupnya.
“Kalau orang tanya saya sekarang ini, apakah perkara yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya akan jawab dakwat kekal,” katanya dipetik.
Bagaimanapun dalam temubual itu, tiada sebarang penjelasan lanjut kenapa isu dakwat kekal tersebut menjadi perkara yang mengecewakan beliau.
Sebelum PRU13 berlangsung, SPR beberapa kali meyakinkan semua pihak khususnya rakyat bahawa dakwat yang bakal digunakan untuk pilihan raya lalu itu akan kekal sekurang-kurangnya mampu bertahan selama seminggu.
Keadaan mula menjadi ribut apabila dakwat yang digunakan oleh pengundi awal pada 30 April lalu dilaporkan boleh tanggal selepas dibasuh, sekaligus menyangkal dakwaan SPR bahawa ia mampu kekal tujuh hari.
Bermula dari itu, krisis keyakinan mula timbul terhadap SPR berhubung isu dakwat itu ditambah lagi dengan penjelasan yang disifatkan berbeli-belit yang dibuat oleh SPR untuk menjustifikasikannya.
SPR mendakwa kejadian dakwat yang mudah tanggal itu kerana petugas SPR tidak menggoncang terlebih dahulu botol dakwat tersebut.
Selepas daripada itu, timbul pula penjelasan kedua bahawa kandungan Argentum Nitrat (Perak Nitrat ataupun Silver Nitrate) di dalam dakwat kekal dikurangkan demi kesihatan para pengundi.
Pengurangan itu dikatakan punca kenapa dakwat itu boleh tanggal selepas dibasuh.
Sehinggalah pada hari mengundi pada 5 Mei lalu, ianya menyaksikan pelbagai pihak tampil membuat aduan polis mendakwa sememangnya dakwat yang dicalit sewaktu membuang undi, boleh tanggal dan tidak kekal.-KD
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...