Kehandalan pasukan bola sepak Kelantan kini tidak diragui lagi apabila mereka berjaya mengekalkan kejuaraan Piala FA buat kali kedua berturut-turut.
Pasukan Kelantan telah berjaya mempertahankan Piala FA bagi tahun 2013 selepas menundukkan Johor Darul Takzim (Johor DT) 1-0 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.
Jaringan tunggal Nor Farhan Muhammad pada babak pertama perlawanan sudah cukup untuk mengharumkan nama pasukan Kelantan.
Apabila disebut soal kemenangan, pastinya ramai yang teruja dengan insentif yang diumumkan oleh Tuanku Mahkota Johor (TMJ), Tuanku Ismail Sultan Ibrahim yang akan memberi setiap seorang daripada dua pemain terbaik JDT sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Audi Q7 yang berharga RM550,000.
Apabila tumbangnya JDT di tangan Kelantan, maka timbullah bisik-bisik yang mempersoal berkenaan imbuhan tersebut.
Entah apa yang berada di dalam fikiran Farhan, dia telah merakamkan video beliau mendapat kereta Lamborghini sebagai habuan Piala FA.
Mungkin video tersebut sebagai bahan jenaka dan rasanya tidak mempunyai sebarang niat untuk memerli mana-mana pihak.
Saksikan video jenaka tersebut.
MNH
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
ni game berpasukan...patutnya TMJ kata hadiah akan menanti kalo JDT menang piala FA...bukan cakap DUA BIJI saja...sudahnya habuan makan tuan...semua nak main solo...lingkop satu tim disebabkan ketamakan para pemain
BalasPadamGuffvcv
BalasPadamPatutlah Mat Yo frust menunggeng.....
BalasPadam