Selasa, Julai 09, 2013

AHLI PARLIMEN BUKAN ISLAM YANG BERAZAM UNTUK PUASA SEBULAN TAHUN INI



Pemimpin bukan Islam DAP, Dr Ong Kian Ming berazam untuk berpuasa sebulan pada Ramadan kali ini dan percaya produktivitinya meningkat kerana tidak perlu menghabiskan waktu untuk makan tengah hari.

Ahli Parlimen Serdang beragama Kristian itu mahu berpuasa sebagai solidariti kepada umat Islam di Malaysia, malah sudah berpuasa sejak tiga tahun walaupun tidak penuh.

"Menanti untuk berpuasa semasa Ramadan, pertama kali saya cuba untuk berpuasa penuh," tulis Ong melalui akaun Twitternya @imokman, malam tadi.

"Harapan saya, kali ini dapat berpuasa penuh seperti rakan Islam dengan mengambil sedikit makanan seperti buah-buahan pada sahur dan meneruskan perjuangan berpuasa sehingga ke Maghrib," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata, objektif puasanya sama seperti umat Islam lain iaitu untuk mengawal nafsu dan merasai susah-payah rakan Islam mengharungi puasa pada Ramadan.

"Saya tidak boleh menutup mulut mereka yang mendakwa sedemikian. Asalkan saya mempunyai niat baik dan pengundi di Serdang juga faham akan niat saya ini," katanya merujuk sesetengah pihak yang memperlekeh usahanya.

Bagi merai kemeriahan berbuka puasa, beliau bercadangmenghadiri beberapa majlis berbuka puasa termasuk bersama wakil rakyat lain di Parlimen.

"Hari pertama Ramadan, saya akan berbuka puasa di Parlimen bersama ahli parlimen lain dan pada minggu depan pula, saya mahu berbuka puasa bersama rakan-rakan beragama Islam.

"Saya juga bakal menyertai satu program keluarga angkat bagi merasai sendiri pengalaman keluarga Melayu menjalani ibadah puasa," katanya.

Pengumuman Ong menerima reaksi positif apabila ramai pengikut Twitternya mencadangkan hidangan sesuai untuk bersahur, selain mengundangnya berbuka puasa dan tidak kurang menyangka beliau sudah memeluk Islam.

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Rabu ini setelah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa ditetapkan pada Rabu ini.

DAP sering diberi publisiti negatif dan dituduh anti-Melayu dan anti-Islam oleh Umno.

Pendirian DAP membantah pelaksanaan hukum Hudud digunakan oleh Umno untuk melabel mereka sebagai anti-Islam.

sedakasejahtera


RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

11 ulasan:

  1. Tanpa Nama9/7/13 7:08 PTG

    SubhanAllah.. Mudah2an mereka mendpt hidayah drNya.. InsyaAllah..

    BalasPadam
  2. Saya betul2 confius la apabila bkn islam mahu berpuasa..adakah kita org islam patut menyokong atau menasihatkan xperlu berpuasa..seperti kita org islam..keyakinan kita itu yg akan memberi tenaga untuk berpuasa..kalau bkn islam bknkah mereka hanya mendapat kesusahan shj dan takut2 boleh menjauhkan mereka dgn islam..xnak msk islam sebab kene puasa sebulan..??? Confius???

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama9/7/13 9:27 PTG

    WAYANG CINA

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama9/7/13 9:54 PTG

    wayang melayu lg hampehhh..

    BalasPadam
  5. Doa dia masuk islam...

    BalasPadam
  6. Apabila mereka menghina agama, kita melenting ttp bila mereka ingin menghampiri agama islam, mngapa kita brprasangka pula

    BalasPadam
  7. Mrk akan berbuat2 apa sahaja walau pun meniru amal ibadat ummat Islam demi mendapatkan sokongan dan undi umat islam...org2 melayu sgt terkenal dgn sikap TAKJUB kpd perkara pelik spt ini lalu mengkagumninya...dgn demikian maka DAP ini akan sentiasa mendapat simpati dan kepercayaan org Melayu dan org Melayu menyanjunginya hanya kerana dia meniru berpuasa...sebenarnya matlamat DAP tetap sama dan keras kpd Islam dan melayu..mrk gunakan taktik halus utk mempemngaruhi pemikiran org melayu/islam..pada hal mrk lah penentang kuat Islam/Melayu....contoh, isu kalimah Allah, DAP lah yg suruh guna kpd agama lain, tanpa memikirkan kesan dan sensitiviti umat islam.......fikir dulu dan jgn terpedaya..

    entah besok lusa, Karpal Singh, LKS, LGE juga akan berpuasa dan solat tarawih semata2 ingin merasakannya bersama ummat islam......cukup licik mrk...

    BalasPadam
  8. presiden LKY singapura dulu pun sama. mula2 pegang singapore.pakai songkok itu ini la.

    semua ni wayang..drama..yg hanya dia dpt hanya lapar dan dahaga.
    kalau boleh puasa la ko si kapir toksah makan langsung sampai mampus.
    kuikui

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama11/7/13 1:02 PG

    Wayang ke apa, itu urusan Allah Subhanallahu Taala. Dulu, tahun 2010 seorang warga Perancis, berlakon macam menyokong Islam. Rupa2nya semata untuk mendapat maklumat untuk laman web dia yang membenci Islam. Tahun 2011, entah angin takde hujan takde, dia masuk Islam.

    Kalian, ini bulan Ramadhan. Nak syak wasangka, samada kita sengaja atau hati kita memang busuk atau niyat semata untuk keselamatan Islam kita, itu semua urusan Allah Taala.

    Aku duduk Penang. Aku kerja di Kulim. Bos ramai Cina. Ada juga Melayu, tapi ramai lagi Cina. Aku kerja sebagai admin server dan network kira geng IT la. Dari pemerhatian aku, Cina lebih sopan berbanding Melayu disini, dari segi tutur, urusan dan tolak ansur dalam tempat kerja. Melayu, Allah hai, susah dengan bangsa aku ni. Kerja sambil lewa, cepat marah, tak serius dan kurang profesional. Bukan semua tapi ini dari pengalaman aku selama 4 tahun bekerja.

    Ibu aku seorang pensyarah. Pelajar Cina rajin jumpa ibu aku. Kekadang bagi buah tangan kalau dia orang melancong atau bercuti. Habis graduat, jumpa ibu aku untuk ucap terima kasih. Budak Melayu? JUMPA PUN tak mahu.

    Aku dah jumpa macam2 bangsa, dari Eropah hingga lah ke Jepun. Aku tahu tahap "hebat" bangda Melayu kita. Korang jangan terlalu rasa hebat sangat bangsa kita. Ini sama seperti idealogi "WHITE POWER" atau "God Chosen People" oleh bangsa Yahud. Kita semua MANUSIA yang hidup di BUMI. Nak sombong apa? Biarla dia berpuasa! Bukan Islam nak berpuasa salah, tak berpuasa pun salah. Yang Islam tak berpuasa lagi teruk berbanding yang bukan Islam nak berpuasa!

    Bebaskan diri kalian daripada hati BUSUK. Mujurlah bangsa Melayu paling suka main santau berbanding bangsa lain. Kuat dengki dan kuat membenci. Lekas matanglah wahai bangsa Melayu!

    BalasPadam
  10. pergi lah sanjung sgt ke Cina tuh....

    BalasPadam
  11. Dah habis modal ler tue..hi hi

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...