SPR MASIH DENGAN DAKWATNYA
LEPAS KANTOI PADA PRU 13
MACAM-MACAM ALASAN DAH BAGI
BELI DAKWAT JUTA-JUTA
DAKWAT KEKAL JADI DAKWAT SOTONG
KAH! KAH! KAH!
JANGAN LEPAS NI KALAU KANTOI JUGAK
SPR SURUH PENGUNDI JILAT ITU DAKWAT
CALIT,CELUP DAN JILAT
KAH! KAH! KAH!
SPR Buat Demo Guna Dakwat Kekal
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
BESUT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan demonstrasi penggunaan dakwat kekal kepada pengundi bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, demonstrasi berkenaan penting bagi memberi kefahaman kepada pengundi mengenai kaedah baru penggunaan dakwat kekal.
"Kita sudah pinda kaedah penggunaan dakwat kekal iaitu bukan lagi dicalit pada jari tapi sebaliknya perlu mencelup jari ke dalam dakwat.
"Jadi kita akan adakan demonstrasi melalui media untuk dihebohkan kepada pengundi Kuala Besut supaya mereka tahu cara betul untuk mengundi," katanya pada sidang media selepas mengadakan tinjauan di pusat penamaan calon, Kompleks Rakan Muda di sini, Khamis.
Selain itu Wan Ahmad berkata, SPR juga akan mengeluarkan kenyataan dan risalah mengenai penggunaan dakwat kekal yang betul.
"Kita juga nak ingatkan orang ramai supaya jangan guna jari yang basah dengan dakwat untuk buat tanda di kertas undi. Ini banyak berlaku dalam PRU-13," katanya.
Selain itu mengulas mengenai proses penamaan calon yang akan berlangsung pada Jumaat, Wan Ahmad berkata pihaknya menjangkakan proses berkenaan selesai seawal pukul 10.30 pagi.
"Kita akan pastikan prosesnya berjalan lancar. Kita nak umum calon yang sah bertanding dengan segera sebab tak mahu orang (penyokong) tunggu lama," katanya.
Bagaimanapun Wan Ahmad menasihatkan penyokong parti politik supaya tidak hadir dengan jumlah yang ramai bagi mengelakkan kesesakan.
mstar
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Jangan celup je, calit sama pada hidung pegawai SPR yang bertugas tu. Alasan saja nak uji sama ada dakwat tu kekal atau tak.
BalasPadamlagi-lagi psl dakwat kekal...
BalasPadamweh, cukup2 lah meroyan...
mana ada dakwat yg kekal dlm dunia ni...
semua benda yg dicipta bersifat sementara la bro..
adik-beradik aku pon 'like' PR jgk...
tp steady jeh..xmcm korg pon?
fahami apa fungsi dakwat tuh...bkn hentam sebarang....adoii...
ikut logik la sikit.
Sapa kata tak ada dakwat kekal??? Kau ingat malaikat yang tulis di kiri dan kanan bahu kau tu pakai pewarna makanan SPR ke?
PadamIni contoh bangsa Melayu yang akan terus ditipu dan ditipu hingga ke hujung nyawa. Betul-betul SPR jamin penggunaan dakwat kekal... apabila menggunakan pewarna makanan sahlah SPR menipu.
Apa guna mycard? Pkai thumb print ka. gantikan dakwat kekal. Settle.
BalasPadam