Ahad, Julai 21, 2013

SIAPA AKAN JADI KAMBING HITAM DAKWAT KEKAL?


SPR: Siasatan dalaman dakwat kekal dihantar ke pihak berkuasa

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar), berkata SPR sudah menghantar penemuan awal hasil siasatan dalaman yang mereka lakukan membabitkan isu dakwat kekal kepada penyiasat undang-undang.

Beliau berkata, mereka akan menasihati pihak berkuasa untuk tindakan undang-undang selanjutnya.

"Jika terdapat kesalahan, mereka yang bertanggungjawab akan dihukum.


"Kami sekarang dalam peringkat akhir siasatan," katanya.

Dakwat kekal yang bertujuan menghalang pengundian berulang itu gagal berfungsi apabila ramai rakyat Malaysia mendapati ia mudah ditanggalkan.

Abdul Aziz turut mengulangi pemberian tender dakwat kekal yang mencetuskan kontroversi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)mengikut prosedur ditetapkan.

Abdul Aziz dalam akhbar The Star hari ini dipetik sebagai berkata, walaupun kontrak itu diberikan secara rundingan terus tidak bermakna ia menyalahi undang-undang, malah setiap prosedur yang dilakukan mengikut piawaian oleh Kementerian Kewangan.

"Pegawai kami mengikut prosedur kewangan, kerana mereka mengetahui mereka perlu mendapatkan pengesahan daripada Kementerian Kewangan setiap masa.

"Walaupun secara rundingan langsung, kelulusan bertulis perlu diperoleh daripada kementerian itu," katanya.

Pertikaian mengenai dakwat kekal tercetus selepas ia didapati tidak kekal seperti yang dikatakan oleh SPR, pembangkang Pakatan Rakyat (PR) menyalahkan SPR kerana bertanggungjawab dalam isu itu dan cuba mengheret Abdul Aziz bersama timbalan nya Datuk Wan Ahmad Wan Omar ke mahkamah menerusi satu saman sivil.

Selain itu, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli baru-baru ini mendedahkan di Dewan Rakyat Mohamed Salleh Md Ali, pemilik syarikat Integrated Challenger Malaysia diberikan kontrak untuk membekalkan dakwat itu pada pilihan raya 5 Mei dan rapat dengan kepimpinan tertinggi SPR.

Abdul Aziz bagaimanapun menafikan dakwaan Rafizi, menegaskan beliau dan timbalannya tidak tahu menahu mengenai urusan pembelian dakwat kekal itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga sudah menubuhkan pasukan untuk menyiasat kemelut dakwat kekal, untuk melihat apakah terdapat pecah amanah dalam pembelian dakwat itu oleh SPR.

SPR berdepan tekanan selepas pendedahan di Parlimen baru-baru ini apabila bahan kimia dalam dakwat itu diganti dengan pewarna makanan yang menyebabkan ia mudah ditanggal.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Shahidan Kassim mengakui di Dewan Rakyat bahawa pewarna makanan, bukannya nitrat perak yang digunakan dalam dakwat kekal.

Beliau berkata dakwat tertanggal kerana bahan kimia yang sepatutnya adalah punca dakwat itu mudah dibersihkan tetapi juga menyalahkan pengundi yang cuba membasuhnya sebagai punca ia tidak kekal. - 20 Julai, 2013.


TMI




KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN


1 ulasan:

  1. Tanpa Nama21/7/13 2:23 PG

    Kambing hitam = hanya sesuai untuk mangsa yang tak terlibat dengan sindiket tetapi dipersalahkan/fitnah terlibat dengan kegiatan itu. Orang tak bersalah dipersalahkan.

    Anjing hitam = mangsa terlibat bersama di dalam sindiket, namun sebab bertaraf paria maka dia dipersalahkan/menanggung kesalahan tu. Ibaratnya sekumpulan anjing liar bermacam warna buat kacau... yang akan dipersalahkan adalah yang hitam sebab dia nampak macam lebih jahat dan brutal, padahal dia mungkin paria dalam strata anjing-anjing.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...