Selasa, Julai 23, 2013

SIAPA YANG BERSALAH? AYAM ATAU KERAJAAN CAP AYAM?



DEY MACHA!!!
JANGAN SALAHKAN KERAJAAN

PASAI HARGA AYAM NI
KITA SALAHKAN ANWAR IBRAHIM
KAH! KAH! KAH!


SAMPAI BILA RAKYAT NAK DIBAHALOLKAN?

Harga ayam: Jangan salahkan kerajaan


SHAH ALAM – Pengguna tidak boleh menyalahkan kerajaan apabila menetapkan harga siling ayam pada RM7.70 sekilogram yang akan dilaksanakan 26 Julai ini.

Timbalan Presiden, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Shaani Abdullah berkata, kerajaan telah mengambil risiko kerana harga ayam hanya dikawal pada waktu tertentu seperti musim perayaan.

“Secara peribadi, saya berpendapat harga RM7.70 sekilogram agak tinggi. Namun, kerajaan telah mengambil tindakan berani apabila meletakkan harga RM7.70 sekilogram sedangkan harga yang dijual di pasaran lebih RM8 sekilogram.

“Pengguna harus faham bukan mudah untuk kerajaan menurunkan harga barang pada tahap yang berpatutan. Kita tidak mahu pelaksanaan Skim Kawalan Harga ini akan menyebabkan tiada bekalan ayam di pasaran,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keluhan peniaga dan pengguna yang menyifatkan harga siling ayam yang ditetapkan RM7.70 sekilogram sebagai masih tinggi.

Jumaat lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan penurunan harga ayam dari harga purata runcit RM8.40 sekilogram kepada RM7.70 sekilogram.

Harga ini akan dikuatkuasakan selama 17 hari bermula 26 Julai hingga 11 Ogos 2013.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, ayam adalah antara 20 senarai barangan harga kawalan bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013.

Mengulas mengenai penetapan tarikh Skim Kawalan Harga yang didakwa sesetengah pihak terlalu lambat dilaksanakan, Muhammad Shaani berkata, peraturan tersebut sudah ditetapkan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pengguna perlu aktif memainkan peranan bagi memastikan masalah kenaikan barang tidak terus berlaku.

“Masalah kenaikan harga barang tidak boleh bergantung kepada kerajaan saja, pengguna juga perlu main peranan. Kesedaran saja tidak cukup kerana mereka mesti bertindak.

“Jangan hanya tunggu musim perayaan baru hendak mengadu. Jika harga barang naik, laporkan segera kepada pihak berkenaan,” katanya.


SH



KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

3 ulasan:

  1. Kerajaan BN bodoh ni mana reti nak buat forecast keperluan ayam dari tahun ke tahun. Yang pandai-pandai dan bijaksana tak ada dalam BN... yang ada cuma pandai cakap dan pandai ampu.

    Jika aku jadi Menteri BN yang bodoh tu aku takkan suruh orang tukar menu... sebalik suruh rakyat berbaris sahaja di KFC... mesti ada ayam.

    BalasPadam
  2. kahh.kah...kah..ini cara skrip lakunan keraajaan kapitalis UMNO/BN nak merompak duit rakyat....mcm2 alasan bodoh dikeluarkan.......

    BalasPadam
  3. Menteri.bn.cap.ayam.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...