Selasa, Ogos 20, 2013

AWAS!!! ADA SETAN BALING BATU DI JEJANTAS LEBUHRAYA


Dua kejadian yang sama berlaku dalam tempoh masa selang beberapa hari. Kejadian pertama dilaporkan berlaku apabila satu batu sengaja dijatuhkan dari atas jejantas Taman Connaught oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Lokasi tepat kejadian adalah di jejantas di Taman Connaught yang melintasi Lebuhraya Kajang – Cheras berhampiran dengan Mc Donalds dan juga Pasaraya Giant.
OhTidak ada berkongsi kejadian ini di Facebook Pages Oh! Media baru-baru ini dan mendapat respon yang mengundang kemarahan orang awam dan risaukan akan keselamatan mereka dan mengapa ada pihak yang tergamak melakukan sedemikian rupa?


Beberapa kemalangan dilaporkan berlaku akibat sengaja dilempar batu ke arah cermin kereta di highway di kawasan Taman Connaught di bawah jejantas berhampiran Mc Donalds Taman Connaught. Perbuatan manusia tak berakal mungkin. Sebuah lagi kereta juga turut menerima kecelakaan yang sama tidak lama kemudian dan dipercayai didalangi pelaku yang sama. Berhati-hatilah sentiasa. Sebenarnya apa masalah diorang ni? – Oh! Media Facebook Pages.
Kejadian pertama kami kongsikan pada 16 Ogos lalu yang melibatkan seorang wanita di mana menerima keceraan ringan akibat daripada insiden tersebut [klik di sini].

ohtidak-baling-batu-jejantan-connaught-1

Kejadian kedua pula kami laporkan dua hari kemudian yang melibatkan seorang wanita tua yang memandu untuk pulang ke rumahnya [klik di sini]. Bagaimanapun kejadian kedua tidak dilaporkan kepada polis. Ini dijelaskan sendiri oleh anak mangsa, Anson Ong yang menyatakan dia tidak berniat untuk membuat laporan polis kerana tahu tindakan tersebut hanyalah sia-sia. Apa yang dia mahu lakukan hanyalah berkongsi kepada orang ramai agar mereka dapat lebih berhati-hati ketika melalui lokasi tersebut ataupun di mana sahaja berada.



Baru dua hari lepas kami berkongsi tentang kejadian baling batu dari jejantas yang berlaku di Taman Connought berhampiran Giant dan Mc Donalds (Lebuhraya Cheras – Kajang). Kali ini satu lagi kejadian berlaku di tempat yang sama! Seorang wanita bernasib-baik kerena tidak mengalami sebarang kecederaan. Mohon mana-mana ustaz untuk halau setan-setan yang bermain di aras jejantas tu. For you guys, hati-hati selalu terutama di kawasan yang disebutkan. – Oh! Media Facebook Pages.
ohtidak-baling-batu-jejantan-connaught-2

Jadi berhati-hatilah sentiasa kerana zaman sekarang ni memang susah nak difikirkan kenapa ramai sangat si bodoh yang suka melakukan perkara-perkara keji tanpa langsung rasa bersalah. Terlalu ramai yang boleh diteka sebagai suspek tapi biarlah pihak polis yang menyelesaikan perkara ini. Cadangan kami oleh kerana jejantas tersebut telah dua kali berlaku perkara yang sama dalam waktu yang singkat (itu yang kita tahu), letakkan pengawal keselamatan, CCTV atau sebarang apapun di kawasan tersebut bagi membendung kejadian yang sama berlaku lagi. Jangan tunggu ada yang dah mati baru nak buat tindakan.

Oh! Tidak

KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

5 ulasan:

  1. Sahabat Abe pernah kena baling batu mcm ni. Dia tu blogger jgk, blog dia KakiSembang... Nasib baik kena pada bonet, bkn pd cerminSaha

    BalasPadam
  2. officemate aku kene kes macam ni gak ,North-South Hway-kat Jitra Kedah (15 ogos 13-masa balik keje), xde kecederaan org tapi cermin depan kreta & duit melayang. xrepot polis, buang masa je katanya.

    BalasPadam
  3. aku pun kena jgak, nanti aku masukkan dalam blog aku, mmg syaithan laa

    BalasPadam
  4. Azeez Rahim sakau 'komisyen' pembelian tanah Bukit Kiara oleh Sime Darby dari DBKL ? Ni Wee Choo Keong tulis dalam artikel dalam blog . Dia pernah terlibat dalam urusan jual beli tu dan dakwa beliau lagi dia ada dokumen . Wee Choo Keong kata dia cukup yakin Azeez Rahim jadi 'negotiator' pembelian tanah tu , sehingga harga asal dari RM 400 juta diberi diskaun sebanyak RM 36 juta . Azeez Rahim sebagai 'negotiator' takkan tak dapat apa2 kot ??? Uolss fikir la sendiri , macam ni punya orang nak jadi Pengerusi Tabung Haji , si Zubair Mushid CEO Sime Darby dah disabit kesalahan , takkan Azeez Rahim 10 persen lepas ??? SPRM buat kerja betul-betul sebelum dia sakau duit tabung haji pula . Cara dia sakau cukup halus sampai orang tak perasan dia punya aktiviti menyakau. Cakap banyak taknak , ni aku bagi link untuk dibaca pasal Azeez Rahim ni http://no2azeezrahim.blogspot.com/2013/08/azeez-rahim-tak-layak-jadi-pengerusi_9905.html , banyak lagi pendedahan nak keluar , kita dedah sampai dia letak jawatan

    BalasPadam
  5. Polis keja untuk politik bukan utk rakyat bla bla bla

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...