Khamis, Ogos 01, 2013

NOH OMAR DAH GILA KATA SOI LEK

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyelar Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kerana menggesa pihak berkuasa menyiasat pendedah maklumat dalam kontroversi "kantin bilik persalinan" bawah Akta Hasutan.

"Beliau sudah gila... Inilah apa yang kita panggil penyalahgunaan Akta Hasutan," katanya kepada Malaysiakini.

Chua (kanan) sebaliknya berkata, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah yang sepatutnya didakwa menghasut kerana memberitahu pelajar untuk balik ke kampung halaman nenek moyang mereka.

Berhubung insiden di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Chua berkata, ibu bapa cuma bimbangkan anak mereka tidak dilayan dengan baik.

Justeru, katanya, ibu bapa patut dilibatkan bersama dalam perbincangan bagi mencari penyelesaian yang baik.

"Pengetua Sri Pristana dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) patut mendekati ibu bapa. Amat dikesalkan apabila pemimpin kanan Umno seperti Noh boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu," katanya.

MK



KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

4 ulasan:

  1. Tanpa Nama1/8/13 7:44 PG

    Dah nama pun 'Gila kuasa' smua nk tunjuk kuasa la konon... Hal kecik mcmni pun nk di perbesarkn, cari la jln penyelesaian bknya penguasaan.. Berlambak lg kes yg besar2 Xsetel & Xmau bg setel lg, tupun jgnnn nk jd menteri..

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama1/8/13 10:08 PG

    kITA SEMUA BANGSA MELAYU KENA BERANI DAN BANGKIT MULAI SEKARANG. KENA LAWAN PERASAAN TAKUT, KENA LAWAN PERASAN MALU, KENA LAWAN KERANA ALLAH DAN RASUL. AMIN

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama1/8/13 10:32 PG

    Salam....

    Masalahnya si Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek

    Rasanya dr ni tak tau keadaan sebenar yg berlaku...

    Jadi tak berapa masin untuk dr komen sebelum dr tahu hal yg sebenar....

    Memang isu ini dah dipolitikkan dan dah nak dijadikan isu perkauman...

    terdapat kedai2 yg dah meletakkan sign bahawa pelajar kaum india ditindas...

    adakah perkara ini betul....

    atau adakah perkara ini mengikut prosudur yang sepatutnya...

    Jadi diharap sebelum dr buat komen siasat dan bertanya dulu dr.. jgn main komen sahaja....

    Saya tidak menyokon sesiapa cuma apa yg diperkatakan oleh dato noh tu ada benarnya...

    saa rasa dato no sudah mengetahui hal kedudukan yg sebenar... jadi dia berhak komen...

    Siasat dan kenalpasti sebelum membuat kenyataan dr...

    Terima Kasih...

    BalasPadam
  4. Isu SK Seri Pristana ni adalah satu non-isu..cuma di besarkan oleh mak-bapak yang cuba mensessasikan semua benda...cuba lihat dalam konteks masyarakat kita hari ini...ana nak tanya..penghuni rumah teres 3 bilik setingkat yang ana rasa majoritinya adalah setaraf dengan mak bapak yang sibuk mensensasikan semua benda ni..makan kat mana? orang2 ini hari-hari makan tepi jamban...kenapa tak bising? Bising la...supaya model perumahan kita sekarang ni yang membuncitkan pemaju dapat di perbaiki...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...