Ahad, September 08, 2013

SPRM TAHAN PENYELUDUP KERETA MEWAH DIPERCAYAI ADA KAITAN KES TEMBAK PEGAWAI KANAN KASTAM

Penyeludup kereta mewah ditahan SPRM dipercayai berkait “Mr Clean‎


Sindiket penyeludupan kereta mewah yang dipatahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis dipercayai kes sama membabitkan pegawai kanan kastam ditembak mati pada April.

Timbalan Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) hanya tinggal setahun perkhidmatan ditembak tiga das di leher dan pipi.

Ketelusan Shaharuddin menyebabkan beliau digelar “Mr Clean”.

Anaknya, Akhtar Shaharuddin memberitahu The Malaysian Insider beliau percaya pembunuhan bapanya berkait dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.

Pada Khamis, SPRM menahan seorang pengurus bank, isterinya dan lelaki yang dipercayai terlibat dalam penyeludupan itu. Siasatan juga menjurus kepada penipuan dan penggubahan wang haram.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan penahanan suspek berumur di antara 30 dan 40 tahun.

Suspek wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung pembelian kereta mewah bernilai RM500,000 sementara suaminya, seorang pengarah swasta disiasat kerana bersubahat.

Kereta yang dipercayai didaftarkan di Langkawi dibeli dengan harga RM300,00 dan dijual dengan harga setengah juta ringgit dalam masa tiga bulan.

Siasatan menunjukkan dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam adalah palsu dan duti eksais kereta tidak dibayar.

Difahamkan sindiket berkenaan telah beroperasi sejak setahun lalu. – 8 September, 2013.‎

TMI






NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

4 ulasan:

  1. mohd azrul9/9/13 1:21 PG

    apa nak jadi dgn negara sekarang banyak kes bunuh,kongsi gelap dan lain-lain

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama9/9/13 10:44 PG

    WAHAI ANAK KASTAM YANG BAIK.NEGARA INI DIPERINTAH OLEH DAJAL.USAHKAN BAPA MEKE.WANITA MONGOLIA YANG MENGANDONG LAGI BOLEH DIBOM DAN KEMUDIANNYA TIADA SAPA YANG BERSALAH.WAHAI ANAK KASTAM SAMA SAMA LAH KITA DOAKA MOGA BAPA AKAN DITEMPATKAN DIGOLONGAN PARA SHUHADA DISAMPING ITU MARILAH KITA BERDOA AGAR PERDANA MENTERI SERTA MENTERI MENTERI CEPAT MAMPOS ,DILAKHANAT, DIAZAP DIDUNIA INI DIATAS PERBUATAN TERHADAP MENZALIMI ,MEMGINAYA RAKYAT NEGARA INI AMNYA MOGA MOGA DENGAN BERKAT KEPADA SEMUA YANG MEMBACA INI MOGA MOGA ALLAH BAYAR CASH SECEPAT MUNGKIN AGAR AGAR BINATANAG YANG TIDAK BERHATI PERUT INI DAPAT DIMUSNAHKAN OLEH ALLAH SUBANAHLA TA ALA AMIN

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama9/9/13 11:14 PG

    Kita dah lihat banyak kes,Sabrani,Teong Hock,dan terbaru Ibrahim.Boleh dikatakan tidak ada siapa yang melakukan.Sebaliknya kita kena redha dengan kematian seumpama ini.Ini negara dah rosak dibuat tadbir oleh pengkhianat negara saperti Najib,Menteri dan tak dilupakan juga Kakitangan Awam yang bersengtongkol.Mereka ini bukan saja mengkhianati rakyat bah kan lebih teruk pada itu.Langit tak selalu cerah,sepandai pandai tupai melompat akan ketanah jua.Pada pengkhianat ugama,negara dan seterus rakyat jelata ini hanya kami yang hanya mampu berdoakan agar pengkhianat ini kan dibalas didunia ini dan juga akhirat mau pun mereka ini kadang kadang mempersendakan hukuman TUHAN ini .percaya lah kamu sudah hampir dengan hukuman

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama9/9/13 11:36 PG

    Tugas sprm ke menangkap penyeludup...??? mana pihak kastam...??? mana pihak polis...??? boleh caya ke ini cerita..???

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...