Fabio Beraldo Rigol berkata, dia berpindah ke kawasan perkuburan di Santa Isabel itu selepas menjadi miskin dan mula menagih dadah. Katanya, disebabkan kemelaratan dia dibuang oleh keluarga dan tiada tempat lain untuk berlindung.
“Saya terpaksa keluar dari rumah dan merayau di jalanan.
“Pada satu malam hujan lebat dan entah bagaimana apabila saya sedar, saya berada dalam kubur,” katanya.
Disebabkan terlampau melarat, Rigol terpaksa “meminta kebenaran” daripada rakannya untuk menumpang dalam kubur berkenaan.
Kata bekas broker itu, dia hanya keluar meninggalkan kawasan berkenaan untuk meminta sedekah bagi mendapatkan makanan.
RIGOL tinggal dalam kubur rakan karibnya sejak 13 tahun lalu.
Rigol berkata, pada awalnya dia hidup sama seperti orang lain dan bergantung kepada perniagaan untuk mencari sumber rezeki.
“Bagaimanapun perniagaan saya gagal dan saya mula menagih dadah,” katanya. Rigol berkata, dia tidak ada masalah hidup dikelilingi rangka dan tanah perkuburan yang sering dikaitkan dengan hantu.
Sebaliknya, kata Rigol, dia lebih takutkan orang yang masih hidup.
“Saya tak pernah nampak hantu walaupun pada ketika tertentu keadaan di sini agak sunyi,” katanya. - Agensi
HM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...