PKR ulangi desakan hapus cukai eksais bagi turun harga kereta
Oleh: Mohd Ezli Mashut
SHAH ALAM 21 JAN: PKR mengulangi desakan agar Kerajaan BN menghapuskan sistem cukai eksais sedia bagi mengurangkan harga kereta serta-merta dengan pengguna tidak lagi menanggung cukai membebankan itu.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan media bersama berkata, keengganan Kerajaan BN melaksanakan reformasi dasar penting industri automotif menyebabkan harga kereta di Malaysia antara termahal di dunia.
Turun Harga kereta 2Kata mereka, rakyat menuntut janji BN untuk menurunkan harga kereta secara keseluruhan melibatkan semua model kereta merentasi industri seperti yang diutarakan oleh Pakatan Rakyat.
“Untuk menunaikan janji ini, hanya ada satu cara iaitu pemotongan atau penghapusan cukai eksais ke atas kereta secara keseluruhan dan bukannya dihadkan kepada model tertentu seperti yang diumumkan.
“Kami juga kecewa dengan dolak-dalih baru yang diberikan oleh BN untuk terus mengekalkan sistem AP dengan alasan lebih banyak kajian yang diperlukan,” kata kenyataan itu.
Menurut mereka pengumuman Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP2014) tidak sedikit pun menyentuh beberapa perkara pokok yang selama ini menyebabkan harga kereta di Malaysia begitu tinggi.
Kerajaan BN tidak wajar apabila menguar-uarkan harga kereta turun apabila beberapa model baru kereta yang diperkenalkan di pasaran pada harga yang lebih rendah.
Turun Harga keretaTindakan ini menipu rakyat kerana perbezaan harga dari model lama atau sedia ada diperkenalkan bukan satu bentuk penurunan harga kereta yang kekal merentasi industri.
Malah, ada beberapa model yang diperkenalkan dengan diskaun merupakan model lama yang kos pembangunannya sudah pun diperolehi oleh syarikat kereta, lalu membolehkan model itu dijual pada harga yang lebih rendah.
“Sepatutnya, Datuk Seri Mustapha Mohamad sebagai menteri bertanggungjawab membuat kajian secukupnya sebelum memasukkan janji menurunkan harga kereta di dalam akujanji BN dalam PRU13.
Pendekatan berjanji terlebih dahulu dan kemudiannya membeli masa dengan mengumumkan kajian demi kajian adalah satu helah BN yang semakin kerap diamalkan akhir ini apabila gagal mengotakan janji,” kata mereka.
selangorku
Skandal terlampau terbaru artis bertudung? lihat sini
BalasPadam