Rabu, Februari 26, 2014

PEKERJA STESEN MINYAK WARGA BANGLADESH DEDAH TAKTIK PENIPUAN JURUWANG DI KAUNTER




Salam, cuma nak kongsikan pengalaman saya mengisi minyak di stesen minyak Petronas Jalan Semambu, Kuantan.

Pada jam 6.45 petang, saya berhajat mengisi minyak kereta di situ selepas selesai servis kereta untuk balik kampung. (servis kereta RM500 terbang...)

Selepas parking di pam, saya pergilah buat pembayaran kat cashier. Pada masa itu ada dua orang cashier perempuan. Seorang berkulit cerah dan seorang lagi berkulit agak gelap sedikit. Saya nak isi minyak RM60, jadi saya hulurlah sekeping RM50 dan sekeping RM10 pada cashier yang berkulit gelap sedikit tersebut.

Kemudian, datang seorang pekerja Bangladesh pakai kopiah tolong pam minyak kat kereta saya. Sambil tunggu minyak siap di pam, saya duduk tepi kereta tengok meter pam itu naik dan tiba-tiba berhenti di jumlah RM50. Saya hairan, terus tanya pekerja Bangladesh itu kenapa RM50 je.

Lelaki Bangladesh itu tanya, "abang bagi kat cashier yang mana?". Terus saya tunjuklah cashier perempuan yang berkulit gelap sikit itu tadi.

"Owh, itu perempuan tara guna punya melayu. Suka curi duit orang. Orang bagi RM30, dia tekan RM20 dan lagi RM10 dia sapu kalau driver tak perasan.

"Hari-hari banyak kali jadi ini macam abang. Ada customer perasan salah nombor macam abang, terus bagitau. Kalau jenis yang tak perasan, duduk dalam kereta, siap pam dan terus pergi, duit itu masuk dia punya poketlah.

"Saya pun islam, tapi saya tak suka makan duit orang. 1 sen pun itu duit orang tapi ini perempuan melayu la, kata islam tapi selalu makan duit orang.

Terkedu.. saya terus bertanya, "tak ada orang report ke kat bos you ke?"

Jawabnya, "bos ada di lagi 1 stesen pam. Sini jarang-jarang bos datang. Susah orang mau report. Ramai yang marah-marah, tetapi lepas dia masuk semula yang tak cukup itu, driver tu diam saja"

Selepas mendengar cerita lelaki itu, saya terus pergi ke cashier semula dan memaklumkan pada dia pam minyak tak cukup RM10 .

Perempuan itu dengan selambanya, "Sorry silap tekan".

Jika melihat pada gaya dan lenggok dia bercakap, saya perasan yang dia pada awal sememangnya tahu yang saya bagi RM60. Tetapi dia masih nak cilok duit saya RM10 kalau saya tak perasan.

"Dah lama buat kerja HARAM macam ni? Bentak ku..

"Sorry bang, saya silap tekan tadi." - jawabnya.

Mujurlah saya perasan, kalau tak, confirm perempuan tu dah curi duit saya. Entah berapa ramai yang telah menjadi mangsa pekerja yang tidak bertanggungjawab ini.

"Nasib baik saya perasan, berapa ramai yang dah jadi mangsa kau?

Aku gertak untuk laporkan kejadian ini pada pihak berkuasa namun terbantut bilamana dia mula meminta maaf.

"Bukan minta maaf kat saya, awak patut minta maaf pada orang yang dah jadi mangsa awak."

Dia terus senyap dan saya terus blah sebab nak mengejar masa, nak ambil anak lagi di rumah pengasuh.

Nasib baiklah saya ni jenis yang duduk tepi kereta tengok meter pam setiap kali isi minyak. Kalau jenis yang suka duduk dalam kereta, sukalah perempuan tu curi duit orang. Entah berapa ramai yang dah jadi mangsa dia.

Jadi, untuk peringatan kepada para pembaca di laman ini, hati-hati bila isi minyak tak kira di mana-mana stesen minyak sekali pun. Pencuri boleh ada di mana-mana. - My Media Hub


mymedialab



5 ulasan:

  1. Tanpa Nama26/2/14 9:51 PG

    ini crita aku kat stesen minyak (slalu aku pi sini), bagi not RM50 kat anak suruh pi cashier, lepaih boh minyak bla (sib baik x jauh lg) tetiba tengok meter minyak jarum dok bawah (ingat meter rosak ke). Tanya anak tdi mak bagi 10 ke 50, anak aku jwb 50, patah blik s.minyak, tanya, cashier kta 10,anak aku kta 50 (merah/biru pun xtau beza), aku kta RM10 kreta nak smpai mana? mai tokei minyak tanya...settle (aku regular kat situ). Sejak tu senang pakai c.card @ usha meter masa buh minyak. Sorry panjang lak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak pebetui fakta, bukan pasai not RM10 @ RM50, tapi cashier kata dah pulang RM40, anak aku kta x,dia hanya ambik kad je...berhati-hatiklau pi kat tmpat biasa tapi cashier org baru!....dah xbrapa ingat.hu..hu...

      Padam
  2. ikut cara saya,sy biasa isi di mobil,first,,lepas park kereta dpn pam,jgn bukak tangki dulu sebab peluang ni akan diambil pekrja yg memang tunggu untuk isi sedangkan kita masih dlm kedai,ada ruang untuk mereka menipu.sebab dah ada pengamalann terkena skali,lepas bayar mintak resit,tak rugi sebab itu hak kita sgb pengguna.dah lepas amik resit sila ke pam dan buka tangki,isi dgn jumlah yg sama dgn resit tadi.sebolehnya jgn biar pekerja isi,kita yang isi sendiri. habis dan boleh pergi dgn selamat..alhamdullilah,selamat kereta dan selamat duit

    BalasPadam
  3. aku pernah kena..kat petronas kangar. bayar 60, isi 10 je. bila tanya, casher , dia kata aku bayar 10 sambil tayang not 10. dalam dompet aku cuma ada sekeping not 50 je.aku pasti yang aku bayar 60.

    BalasPadam
  4. Jangankan kereta...saya di Shell Putatan isi minyak motosikal bagi RM 5.00. Saya waktu itu x tengok meter cuma perhati tangki minyak terkejut kenapa x penuh macam biasa. Lihat di meter di pam rupanya RM 4.00 sahaja. Bila dimaklumkan barulah di tambah RM 1.00 lagi.....

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...