Ahad, Mac 02, 2014

LAWAK AHAD: CIKGU UMNO




Seorang guru bertanya pada murid-murid kelasnya. Siapa yang menyokong UMNO seperti cikgu sila angkat tangan.

Semua murid mengangkat tangan mengikut cikgu mereka dengan harapan mudah mendapat perhatian dari cikgu mereka nanti kecuali Ammar.

Cikgu itu bertanya kepada Ammar kenapa awak tak sama dengan rakan sekelas awak?

Ammar menjawab sebab beliau memang tak sokong UMNO.

Cikgu tanya lagi kenapa awak tak sokong UMNO?

Ammar jawab saya sokong PAS.

Cikgu tanya lagi kenapa awak sokong PAS?

Ammar jawab sebab ummi saya orang PAS dan abah saya pun orang PAS, maka jadilah saya orang PAS.

Sakit hati dgn jawapan Ammar, lantas cikgu itu bertanya lagi kalau ummi awak orang bodoh dan abah awak orang bangang, maka awak akan jadi apa?

Dengan tersenyum lebar dan yaqin Ammar menjawab maka tentu saya jadi penyokong UMNO.



IKLAN TEKS RM10 DI SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...