EDISI BONGKAR PENIPUAN UMNO ... TAHUN 2009 JANJI CUKAI GST SEKITAR 4% .. DAH MENANG PRU 13 TERUS UMUMKAN CUKAI GST SEBANYAK 6%!!!!!!
Sebelum PRU 13 16hb Disember 2009 janji kadar GST paling tinggi pun 4 peratus .. sudah menang PRU dengan 47% undi terus berbelit lidah istiharkan GST 6 peratus mulai April 2015.
Demi memastikan macai-macai UMNO percaya maka di tempelkan kenyataan dan pengakuan pemimpin UMNO dari lidah biawak rasmi UMNO, Utusan Malaysia.
Cukai GST sekitar 4%
KUALA LUMPUR 16 Dis 2009. Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula pertengahan 2011 nanti dijangka hanya sekitar empat
peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di antara
lima hingga 10 peratus selama ini.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, GST
juga dikecualikan ke atas barangan keperluan seperti produk pertanian
serta makanan asas bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat khususnya
golongan miskin dan berpendapatan rendah.
Jelas beliau, pelaksanaan GST berupaya mengurangkan kos operasi para
peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi
semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport.
Katanya, ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 dikecualikan daripada membayar GST.
Kira-kira 70 peratus industri kecil dan sederhana (IKS) di negara
ini akan diberikan pengecualian GST. Selain itu, pelaksanaan GST juga
mengecualikan syarikat-syarikat besar daripada membayar beberapa yuran
profesional.
Jadi, sudah tentu pelaksanaan GST memberi situasi menang-menang
buat rakyat dan kerajaan, katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen
di sini hari ini.
Ahmad Husni menjelaskan, kebaikan GST kepada rakyat pula ialah
pengecualian cukai ke atas produk seperti padi dan sayur-sayuran serta
makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan
ayam.
Dalam perkembangan sama, pada sidang Dewan Rakyat hari ini, Ahmad
Husni buat pertama kalinya membacakan rang undang-undang mengenai GST.
Ia mendapat halangan apabila M. Manoharan (DAP-Teluk Intan) membantah
pembentangan itu dengan alasan terdapat banyak lagi rang undang-undang
yang belum dibahaskan.
Bagaimanapun Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Wan Jaafar menolak bantahan Manoharan itu.
Bacaan kali kedua dan seterusnya mengenai GST dijadual diadakan pada sidang Dewan Rakyat tahun depan iaitu sekitar Mac.
GST yang dicadangkan itu adalah bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...