PEKAN: Sebuah lagi bas terbabit dalam kemalangan di Pahang dalam tempoh seminggu. Sebelum ini kita dikejutkan dengan kemalangan bas ekspres di Lipis yang mengakibatkan dua kematian.
Semalam pula, sebuah bas ekspres kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Temerloh yang menyebabkan ramai mangsa cedera parah.
Hari ini, sebuah lagi bas terbabit dengan kemalangan dan kali ini ia berlaku di daerah Pekan pula.
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 4.30 petang tadi. Bas dua tingkat yang membawa pelancong asing dari Pulau Redang, Terengganu ke Singapura dipercayai terbabas di kawasan Ladang Sungai Jernih, Paloh Hinai berhampiran simpang Felda Chini dekat sini.
Difahamkan, bas itu turut membawa pelancong dari United Kingdom dan Amerika Syarikat. Seorang peelancong dipercayai telah meninggal dunia dalam kejadian terbaru ini.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Pekan ketika dihubungi mengesahkan menerima panggilan jam 4.25 petang dan sudah menghantar jentera ke lokasi kejadian. PDO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...